Header Ads

Sharnaaz Ahmad sebagai duta Men's Biore terbaru

Assalamualaikum  

Lelaki sekarang semakin prihatin terhadap penjagaan peribadi, kebersihan dan penampilan diri. Masa dulu-dulu tengok orang lelaki tak ambil kisah pun, mungkin masa tu tak banyak produk yang ada di pasaran dan kebiasaannya banyak produk untuk orang pompuan. Sekarang udara pun kurang bersih lepastu banyak habuk dan pencemaran secara berterusan apabila kita keluar rumah, kaum lelaki juga perlu menjaga kebersihan dan penampilan diri agar sentiasa tampil segak, bergaya tanpa kulit bermasalah. 



Kulit yang terkumpul dengan kekotoran, minyak yang berlebihan serta bakteria yang terperangkap di dalam liang-liang pori akan menggalakkan timbul masalah kulit seperti kulit kusam dan berjeragat sebab itu ramai yang ada masalah kulit. Pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad sentiasa menjaga menampilan wajah rupanya dia menggunakan Men's Biore dan kini ia mempunyai pek terbaru.




Jenama skrub muka lelaki No.1 di Malaysia iaitu Men's Biore telah memilih Sharnaaz Ahmad sebagai duta terbaru dengan kerjaya sebagai pelakon yang sentiasa berada di bawak terik cahaya matahari memerlukan penjagaan kulit yang baik supaya kulit sentiasa sihat, cerah, bersih tanpa minyak serta menyegarkan dari dalam ke luar. 



Men's Biore sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan. Pembersih muka ini mengandungi Kuasa pembersih detox dan Agen Penyerap MinyakMen's Biore ini mempunyai 5 variasi termasuk Deep Clean, Deep Clean Extra Cool. Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean yang mempu mengatasi pelbagai masalah kulit. Rupanya inilah rahsia Sharnaaz Ahmad agar wajah sentiasa nampak bersih dari segala kekotoran. 

2 comments:

  1. Kachakkk bekas biore mens ni... pergghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok produk dia best banyak boleh pilih

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.