Header Ads

CSR Program bersama Reen Rahim

Assalamualaikum 

Lepas daki gunung pada akhir bulan Julai yang lalu terus dapat undangan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sekitar area Chow Kit. walaupun kaki masih sedikit sakit tetapi atas keinginan untuk bertemu kanak-kanak di  Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih membuatkan aku ingin melihat keadaan mereka, adakah mereka baik-baik sahaja atau sebaliknya.



Pertama kali datang ke program seperti ini, bila tahu ada satu sekolah yang memberi peluang meneruskan pelajaran sekurang-kurangnya mereka dapat menimba ilmu dengan baik dan seterusnya mencari pekerjaan yang halal untuk keluarga. Program CSR Asianic bersama Reen Rahim di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih memang berbeza kerana program ini memberi peluang kepada kami berkenalan dengan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti mereka terima kasih kepada pihak Wonderland Primary Sdn Bhd dengan jenama Asianic. Perkenalan yang singkat bersama dengan anak-anak bimbingan Jalinan Kasih juga menyedarkan kita betapa pentingnya pelajaran serta usaha demi mengubah kehidupan keluarga. 

Apakah kelainan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih?
  1. waktu persekolahan 8.00 pagi hingga 1.00 petang waktu pengajaran dan pembelajaran
  2. 2.30 petang hingga 4.00 petang waktu kokurikulum/ perkembangan bakat / KAFA
  3. murid yang tercicir dari sistem persekolahan harian secara berpanjangan
  4. kanak-kanak yatim piatu
  5. kanak-kanak warganegara yang menghadapi masalah sosial tidak sihat atau mangsa kepada gejala sosial.
Anak-anak SBJK sedang beratur untuk menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Reen Rahim.

pihak Wonderland juga telah menyumbangkan produk penjagaan diri dari jenama Asianic dan juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak disekolah, bertuah mereka kerana dapat produk penjagaan diri untuk seisi keluarga. 


Mereka juga telah dihiburkan dengan persembahan badut. Jelas terpancar kegembiraan mereka walaupun dengan masa yang singkat, mereka bukan sahaja dapat berjumpa dengan celebriti kegemaran mereka malah juga telah mendapat jalinan kasih dari setiap tetamu yang hadir.

Persembahan busker dari anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
produk jenama Asianic

Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut seperti krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. 




ini antara produk penjagaan diri untuk memastikan kebersihan keluarga dan harganya mampu milik dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu juga mempunyai rangkaian produk halal yang pertama.

WEBSITE:  www.wonderlanprimary.com  (Aladdin Street.com)
FACEBOOK:   Asianichalal
INSTAGRAMAsianichalal
ADDRESS:   No 17, Jln PJS 5/26, Taman Desaria, 46000 Petaling Jaya
CONTACT:      +603 7782 6308

3 comments:

  1. Alhamdulillah..moga banyak lagi syarikat2 besar tampil ke depan membantu mereka yg kurang bernasib baik ini

    ReplyDelete
  2. Wah, bagus la projek amal cmnie. Semoga dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Amin

    ReplyDelete
  3. Bestnya... teringin nak join hari tu tapi date dan waktu tu tak mengizinkan... ada urusan yg nak settle pula.. semoga bertambah berkat dgn membantu mereka yg memerlukan... aamiin :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.