Header Ads

ninebot alat memudahkan kita bergerak

Assalamualaikum  

Korang pernah tak tertanya-tanya kat diri sendiri, kenapa takde produk yang memudahkan kita untuk berjalan kat shopping complex. Aku pulak jenis suka survey barang dulu sebelum beli dari tingkat satu hingga 10 "itu pun kalau larat la" lepaih tu turun tingkat 3 atau 4 baru beli barang yang berkenan, gigih aku berjalan tapi segigih aku pun berhenti-berhenti juga rehatkan kaki nak tercabut kaki aku duk berjalan je dari tadi. 

Kalau pertama kali pergi sesuatu tempat... lagilah, jakon habis setiap kedai aku masuk nak tengok apa yang best kat kedai tu. Kalau pergi dengan kawan confirm takkan sempat nak tengok satu-satu kedai. Kata pompuan pot pet, pot pet la banyak, asik berborak je. Itu belum lagi suruh bagi cadangan baju ni cantik tak? baju yang tu okey ke? yang mana satu sesuai? Kalau satu kedai dah satu jam lebih, macam mana nak survey sampai tingkat 10. Itu baru pergi dengan kawan belum lagi dengan mak atau budak kecik. Mesti kerap berhenti kalau budak pula nak mintak dukung. Ini lagilah,belum sempat hilang penat dah tambah penat nak kena dukung budak. 

Sebenarnya aku tak sangka, cakap dalam hati pun orang boleh dengar apa yang aku katakan. Kini ninebot adalah sebuah teknologi terbaru yang memudahkan korang berjalan, hanya berdiri diatasnya dan kawal mengikut pergerakan badan.

Bila aku tengok  ninebot, sebenarnya agak terkejut, hebat juga dorang ni boleh baca fikiran aku. tengok-tengok ada kat pasaran. Memudahkan untuk kita berjalan, kalau parking penuh dan jauh ke tempat shopping complex dan korang adalah orang paling malas nak berjalan jauh, terpaksa juga parking tempat jauh, sesuai sangat dapatkan ninebot. Naik je terus jalan, tapi kena imbangkan badan dan kawal elok-elok itu yang penting.


Ninebot - P, teknologi yang semakin canggih memudahkan untuk kita bergerak ke mana saja. Kenderaan yang di percayai dan selamat untuk digunakan. Ninebot-P ni ada ciri-ciri keselamatan tersendiri untuk melindungi keselamatan pemandu. Jadi, korang tak perlu risau kalau nak naik Ninebot-P. Nak jalan-jalan kat taman ke boleh naik ni, syok sangat bila dah pro, dan kau akan lupa diri, asal usul bila dah hebat naik Ninebot-P sebab aku teruja bila ia boleh gerak ke mana saja kaki pun tak lenguh (muka berlagak terserlah sambil senyum sinis membuatkan orang menyampah)

Ketahanan bateri sangat luar biasa sebab ia tahan lama itu yang aku suka, syok gila naik memang tak puas kalau sekejap je. Kelebihan Ninebot-P menggunakan produk yang serupa state-of-the-art Lithium teknologi bateri yang tahan lama. Ninebot ni sangat jimat elektrik, para jurutera sentiasa buat kajian supaya pelanggan dapat kepuasan dalam sesuatu produk yang dihasilkan. Bila kau pegang je lepas tu tetiba bateri abis rasa nak marahkan tak dapat naik ninebot betul tak??, itulah perkara yang tak nak berlaku kat kita sebab ia menggunakan bateri state of the Lithium dan hanya perlu cas sekejap. Jadi jimat elektrik kat rumah korang, tak payah la bising-bising lepas tu bil eletrik naik sebab cas ninebot. Kalau tetiba naik mungkin korang lupa matikan suis lampu kat rumah.

Ninebot semakin popular dan ia boleh di gunakan semasa membeli belah, kalau orang pompuan shopping mesti banyak barang dan tak larat nak angkat sampai senget-senget bahu sebelah bawa barang. Korang kena dapatkan ninebot takut ada orang ingat, OKU tengah shopping. Kalau ada orang teguq cakap kau OKU mesti malukan. Selain tu, kat tempat pusat peranginan pun dah nampak ramai yang guna ninebot untuk memudahkan kerja dorang sama ada di luar atau dalam hotel.



Masa naik tu ingatkan ada butang untuk kita kawal rupanya kena kawal sendiri, nasib baik ada pemegang senang sikit nak kawal Ninebot-P, tapi aku rasa dah macam baby baru belajar jalan, tak tih-tak tih gituww , kena ada orang jaga aku dari awal hinggalah abis aku pusing. Nama pun pertama kali, mestilah kena jaga aku elok-elok. Depa jaga aku dengan tabah dan sabar, dah la masa mula-mula naik tak jalan dah sampai hujung tak tau belok pulak tu jadi kena ada orang tolong belokkan. Kalau kena amik lesen Ninebot mau file kena amik 2 ke 3 kali. 


Sebenarnya banyak kon dah aku langgar, tapi orang tak perasan sebab aku langgar kaki kon tu je. Kalau kon tu hidup mau dia jerit sekuat hati. Hebat tak aku naik Ninebot  dah pandai belok, walaupun banyak kali langgar kon. Dah pandai naik Ninebot-P mesti la gembira sama macam kita ajar budak berjalan bila dia dah pandai jalan mesti gembira sebab lepaih ni tak payah nak dokung lagi "ini ibarat aku seorang baby" tolong jangan rasa geli tekak, okey.



Ninebot mini Pro, Sebuah alat elektronik yang memudahkan kita berjalan ke pasar serta bebas tangan dan tak perlu pegang apa-apa. Kelebihannya, korang boleh download applikasi dan bluetooth, ia akan bergerak dengan sendirinya ikut kehendak kita. "Come to mama" gituwww, itu yang best. Kalau ada barang tertinggal dan korang parking kat hujung dunia bila kau perasan cashier kat belakang tengah bekejaran nak bagi barang yang tertinggal tapi bila tengok masih jauh, korang boleh guna Ninebot Mini pro, dah kata pro mesti la pandai jalan sendiri tapi kena kawal ye. Kesian cashier tu kepenatan kejar. 

Bila tengok jangan terkejut pulak konon-konon ada hantu naik Ninebot mini pro sebab jalan sendiri, bagi mereka yang tak tau atau tak pernah nampak mungkin akan fikir bukan-bukan betul tak? pastu ada yang takut-takutkan dorang, habis semua lari lintang-pukang.


Muka ketakutan, kalau Ninebot-P aku boleh pegang lagi senang nak kawal bila naik Ninebot mini pro nak pegang tang mana?? angin je ada, tak kan nak pegang angin confirm jatuh. Seriously, aku naik Ninebot mini pro asik nak undur belakang je nak cakap ada gear belakang takde pulak. Owh, maknanya selama ni aku berdiri tak betul la ataupun aku berdiri kat atas Ninebot yang tak betul? Aku amik gambar ni siap tahan nafas tau lepas tu berdiri tegak macam robot dengar lagu negaraku. Bila tahan nafas barulah tak undur, mungkin ada kesan terhadap udara agaknya. 

Masa nak undur ke belakang, aku siap hulur tangan (macam anak hulur tangan dekat ibunya) cepat-cepat depa dapatkan aku. Alolorrr, so sweet.... caring gituu. Bila dah boleh imbangkan badan aku try gerak perlahan-lahan. Hebat juga aku ni (cakap dalam hati) boleh gerakkan Ninebot tanpa pegang apa-apa. Masa tu, ada yang tengah bagi maklumat tentang Ninebot tapi aku dengan selambernya lalu depan dorang nasib baik tak terlanggar " ini dasyat" dan dia cepat-cepat elak. Tak tau nak benti, jadi aku jalan je ke depan, Ninebot mini pro pun aku tak tau nak belok. Rupanya guna peha kalau nak belok. Korang nampak tak yang macam tempat duduk, itu untuk kawal, korang nak ke kiri atau ke kanan. 

Sebenarnya Ninebot mini pro lebih mudah nak bergerak tapi bab nak imbangkan badan kena pandai-pandailah ye. Aku pun masih tak tih-tak tih (jalan perlahan-lahan) kena ada orang pimpin tangan dulu. 

The Ninebot One E+ sebuah Ninebot yang mempunyai 1 roda. Reka bentuk yang menarik serta bentuk yang ringkas, bergaya, sopan dan elegen. Ninebot One E+ ada dua aksesori iaitu pemegang aksesori dan pembantu set roda. Bukan itu sahaja, ia juga kalis air tanpa mengira angin dan hujan. 

Cara nak bersihkan Ninebot 
  1. Caranya sangat senang, mula-mula ambil air.
  2. bersihkan di tempat yang kotor
Mudahkan, dua cara je kotoran pun hilang. Bila tengok satu roda mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak guna Ninebot One E+, mesti susah nak guna. ia lebih kurang dengan Ninebot mini pro, nak simpan Ninebot One E+ pun senang macam angkat beg je.


Lampu yang terdapat Ninebot mini pro memang cantik, warna warni pulak tu. Nak keluar waktu malam tak payah bawa lampu suluh.


maklumat lanjut:

Laman web
facebook

4 comments:

  1. Advancenya zaman skang. Best ada nicebot niey. Blogwalking sambil klik nuff sambil polo blog akak sekali. :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya ateh!! Hahahahaha.. Cute!

    http://einaangel.blogspot.my/

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.