Header Ads

Perlawanan bowling antara best blogger network dan Lynk.my eratkan silaturrahim

Assalamualaikum 
Satu perlawanan bowling telah diadakan sebelum puasa Best blogger network dan Hexa coorperation atau di kenali Lynk.my. Tarikh kejohanan bowling jatuh pada hari Sabtu 4 Jun 2016, eh...dah macam pengumuman puasa pulak. Bertempat di Plaza Alam sentral Shah Alam.

Bila kaki ni aku melangkah ke tempat bowling aku nampak sepasang laki bini iaitu Adzril dan Dhia , sedang tunggu kehadiran peserta lain. Ingatkan dah lambat, haru biru juga la sebab waktu pendaftaran pada pukul 2 petang ini dek kerana mencari parking tak jumpa. Lenguh kaki aku tekan class dan break mencari parking tak jumpa-jumpa. Akhirnya aku putus asa, dan buat keputusan nak parking kat luar elok pulak ada orang nak keluar parking. Alhamdulillah, kalau tak kenalah berjalan kaki sejauh 100 langkah. "hihi, sebenarnya tak pernah pun kira berapa langkah jalan".

Buat pertama kalinya aku main bowling secara team, memang memerlukan kerjasama yang mantop kalau nak menang. Pada mulanya memang segan nak main bowling, cuma beberapa orang saja yang aku kenal dan staf Lynk pun sorang je yang kenal. Hati aku mula berkata, main je la focus pada pin yang nak di jatuhkan walaupun elok je bola tu belok menuju longkang. Fuhhhh, inilah perkara yang aku tak suka bila campak kedepan tetapi bila dah nak dekat pin masuk longkang. Jadi aku buat cara campak dan buat tak tahu, sebab geram asik masuk longkang je bak kata Adzril campak dan lupa. macam takde apa-apa berlaku.  

persediaan yang di buat oleh penganjur sangat teratur dan hadiah yang di sediakan membuatkan para peserta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah utama. Bukan itu saja hadiah cabutan bertuah juga di sediakan yang tak menang juga tak balik dengan tangan kosong kerana hadiah penyertaan juga di sediakan. 

Mula perlawanan bowling aku dah rasa gementar yakmat, mana taknya aku ja pompuan dekat team tu lepaih tu, team sebelah pun lelaki nak tengok team pompuan main kat hujung baru nampak, tu yang gementar lain macam ja tambah package dup-dap2 alahai, jantung ni berdegup kencang la pulak macam lepas berlari 100 kilometer. Sekurang-kurangnya kalau aku main masuk longkang ada juga orang lain main longkang takda la malu sangat na.

Menjadikan aku confius bila kena tukar line, tak tau pulak main secara team kena tukar line. Ha, sejak tukar line ni yang aku kerap masuk longkang, kejap kiri kejap kanan. Kang aku termain line orang mampuih orang tu dapat markah telur ayam serba salah pula jadinya. Alhamdulillah, kejadian itu tak berlaku lagi sebab aku kerap tengok screen dan anak panah. Itu pun selepas Zakwan zain bagitau tau.... kalau tak aku tak tau, siapa la mangsa yang akan dapat telur ayam daripada aku. hahaha "nasib la".


Hadiah yang sangat awosome untuk para pemenang dan peserta yang bertuah



Ini adalah salah satu aktiviti wajib bila jumpa para blogger dan kaki selfie. Aku suka tengok semua orang bila selfie sebab semua akan memberi senyuman yang paling manis tahap kencing manih. sampai aku pun kena tahan takut cayaq tengok depa senyum.


 ini adalah pemenang katogeri wanita dan lelaki, jangan pandang sebelah mata takut depa buat korang terbeliaq mata.  (^_^)

Ini adalah peserta yang hadir  Encik Fakhrul (penasihat Lynk) dan ahli best blogger network yang hadir adalah Kamil salleh , cahayadiana , Yeopmaz , seri nian , Dhia,  Zakwan zain,  namiacinta , anuar dan lain-lain.  




tahniah kepada pemenang yang mendapat cabutan bertuah, Hari ni tak bertuah jadi cuma ambil gambar bina jer. Terima kasih juga kepada penaja iaitu ikedaikami.com. Kalau korang nak tengok markah penuh boleh ke blog Coretananuar.com markah semua pemain ada kat situ. Nak letak kat sini segan na, jauh beza sangat ketara. 


Rembat anak orang kejap, aku tengok kiut miut je budak ni dengan orang tak nangis tapi masya'allah  tak boleh duduk diam banyak kali juga la snap gambar sebab kejap goyang, kejap nampak perut kejap pandang belakang. Ni pun gambar paling hokey walaupun sempat lagi tangan masuk mulut. Orang kata kalau nak jadi hebat kena bersama orang hebat jadi aku pun bergambar dengan Zakwan nak amik aura tuah dia. Aku dok perati je dia main bowling sokmo strike.... aku penah try main teknik yang cam gitu fiunggggggg, gaya bukan main ada style laju je bola tu gerak menuju longkang, jadi aku terus lupakan teknik dengan gaya yang style mungkin salah teknik ataupun salah sifu. Sifu juga yang kena. hahaha 


ini adalah para peserta dan para penontonnn..... ibu-ibu bapak-bapak yang ada di sini "eh, ternyanyi lagu dangdut pulak" Ni mesti ada yang sambung nyanyi tak pun goyang inul. Bergambar sebelum bersurai untuk di jadikan kenangan bersama. 

10 comments:

  1. Hehe..kita geng lah..sebab masuk longkang jugakk..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Dhia, seppp.... kita enjoy je main bowling ni best kan (^_^)

      Delete
  2. Huishh bestnya dapat join tournament macam ni.. ena dah la suka main bowling even juara longkang je.. ekekeke.. apapun, tahniah you all

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ari tu ajak tapi acik kan jauh, len kali kita main sesama ya

      Delete
  3. muja tak pandai sangat pun main boling.. malu pulak kalau masuk longkang. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, takpa... kita sesama masuk longkang dapat jatuh satu pun jadilah.

      Delete
  4. dah lama akak tak main boling ni.. sure masuk longkang punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, baling dah lurus tapi bola tu belok kekanan je.

      Delete
  5. baling dan lupa... nice zira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, macam lepas baling terus hilang ingatan (^_^)

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.