Header Ads

koleksi lebaran dari benang hijau 2016

Assalamualaikum

Lagi dua minggu lebih je nak dekat raya, mesti banyak butik yang mempunyai koleksi baju raya yang cantik-cantik, salah satunya Benang hijau. Pada rabu lalu 15 Jun 2016 Benang hijau telah memperkenalkan sebanyak 20 koleksi pakaian dan tudung sempana lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Pertunjukan koleksi pakaian dan tudung tersebut menggugat keinginan aku untuk memiliki koleksi dari Benang hijau. Design yang menarik dan tidak terlalu penuh dengan corak membuatkan aku ingin memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju raya. Bukan itu saja, Benang hijau juga telah melancarkan dua koleksi eksklusif iaitu Autum Tree Dress dan Blossom Sakura Dress. Ini adalah koleksi istimewa inspirasi empat musim. Koleksi ini semuai digayakan di majlis-majlis istimewa kerana ia diperbuat daripada kain yang lembut.



Ramai yang suka gaya yang sederhana supaya boleh dibawa ke mana-mana acara, Puan Fadzilah Mamat berkata, beliau mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi musim panas dan musim sejuk supaya Benang hijau boleh dipasarkan di luar Negara. Jadi, kepada mereka yang berada di perantauan korang boleh dapatkan koleksi yang bakal dihasilkan oleh benang hijau tak lama lagi serta boleh digayanya di sana apabila menjelang aidilfitri.

Antara koleksi yang digayakan pada majlis tersebut ialah Marissa, Maia, Mikayla, Eriqa dan Orked Kebarung. Sementara stok masih ada dan design yang masih panas jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakaian dari Benang Hijau. Mereka akan mengeluarkan lebih 10,000 helai bagi baju dan 10,000 helai tudung sempena Hari Raya Aidilfitri. Jangan nangis belakang pintu jika ada rakan-rakan mengatakan design banyak dah habis, kebiasaannya sempena hari raya benang hijau akan menyediakan stok yang secukupnya.




Siapa yang nak dapatkan koleksi tersebut boleh ke laman web www.benanghijau.com sebelum sedara atau jiran membelinya terlebih dahulu. Kebiasaannya, aku dan kakak akan tunjuk baju baru yang kami beli supaya design tak sama sebab nanti boleh tukar-tukar baju kan seronok ramai kakak walaupun selalu gaduh. Hanya satu baju sudah memadai untuk digayakan di pagi Syawal. Harga tudung bermula RM19 hingga RM79 manakala koleksi baju pula bermula RM99 hingga RM249. 


Jarang kita nampak design macam ni kan, nampak unik dan stylo je. Sekarang boleh usha butik benang hijau untuk dapatkan koleksi yang ada. layari laman web www.benanghijau.com 

2 comments:

  1. Sebelum habis ni kena cepat2 la terjah web benang hijau

    ReplyDelete
  2. Not bad collections dorang. Kena terjah ni.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.