Jenama Fossil semakin Popular
Assalamualaikum ♥
Bab-bab
jenama ni kadang-kadang aku tak ambil tau sangat asal cantik dan boleh digunakan itu sudah memadai bagi aku. Beg pasar ka, baju bundle ke aku pakai yang penting
selesa bila guna barang tersebut. Seorang yang kurang berkemampuan nak beli
yang mahal sayang duit, boleh di gunakan beli benda lain, bukan senang sekarang
nak cari duit. Nak pergi mana-mana perlukan duit. Tambahan pula kos rasa hidup
makin meningkat, zaman sekarang tak boleh terlalu memilih sama juga dengan
kerja rembat je dulu mana yang dapat.
Walaupun aku
seorang yang simple tapi teringin juga pakai barang berjenama, kalau nak beli
biar tahan lama, bila dapat tahu jenama Fossil menawarkan koleksi beg
tangan, jam tangan dan aksesori. Sebagai seorang wanita keinginan membuak-buak
serta ingin memiliki koleksi baru tidak boleh dihalang setelah usha jenama Fossil yang ada iaitu jenama antarabangsa dari Amerika sangat memuaskan.
Koleksi wanita, sesuai digayakan ketika bersantai kerana warna yang lembut serta tidak terlalu terang.
Produk yang benar berkualiti dan dikenali
seluruh dunia menjadi pilihan para penggemar fesyen. Kini Fossil Malaysia mempunyai beberapa cawangan di setiap
pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Aku terasa pelik kenapa jenama
Fossil ni semakin popular rupanya mereka menghasilkan koleksi jam tangan dan
beg tangan yang direka dengan sentuhan ekslusif, elegan dan pada masa yang sama
cukup trendy setaraf antarabangsa. Koleksi jam tangan Fossil dan beg tangan yang
berkualiti ini ditawarkan dalam harga yang amat berpatutan berbanding jenama
antarabangsa yang lain jadi berbaloi sangat kalau korang dapatkan jenama Fossil kalau korang rasa mahal sedikit takpa yang penting boleh pakai lama dan boleh bagi tujuh keturunan sebagai harta pusaka yang paling lagend.
Koleksi untuk jejaka, kualiti yang tahan lama sesuai untuk lelaki yang lasak.
Kalau taknak hadap jem pergi beli belah korang boleh shopping
secara online, malah ia lebih mudah tengok jenama Fossil yang ada. Kesemua jenama Fossil ini amat berkualiti dan boleh digunakan dalam tempoh waktu yang cukup
lama. Jenama
Fossil telah ditubuhkan lebih daripada 30 tahun jadi tak hairanlah kalau ia semakin popular dan menjadi pilihan ramai.
Jenama Fossil memang tahan. Dulu ena pernah beli walletnya, sampai sekarang tahan lagi cuma tak pakai sebab dah buruk.. ekekeke
ReplyDeletebag untuk lelaki tu cantik.. boleh masuk dalam list shopping raya ni.. hehe..
ReplyDeleteHebat dah 30 tahun? dah sebaya umur akk dah fossil ni.. heheheee.. :D
ReplyDelete