Header Ads

Shopping online di getex.my

Assalamualaikum 


Siapa dekat sini nak jadi pengguna bijak? Sebagai pengguna korang mesti nak dapat faedah apa-apa bendalah sama ada voucher, tiket free atau token. Siapa yang tak suka bila dapat sesuatu dan ada orang nak bagi walaupun benda tu nampak kecil dan sedikit. Sebelum ini aku ada share cara beli online di Getex , sangat berbaloi sebab dapat cashback berbeza dengan online shopping yang lain. Lepas shopping Cuma dapat barang je. Di getex, kita dapat barang dan bapat cashback dari barang yang kita beli.

Kelebihan getex adalah, terdapat banyak pilihan untuk memudahkan kita shopping satu hari pun tak cukup , sampai terbeliak mata tak tau nak pilih yang mana satu. Biasanya kalau shopping offline mesti sakit kaki sebab penat berjalan. Kali ni bila shopping online lenguh badan sebab sambil shopping sambil baring tak pun menyiarap , yang tengah berpantang pun sempat lagi nak shopping tempah tiket flight ke lepas termenung tengok dinding kat rumah bolehlah bersiar-siar ambil angan bersama cahaya mata baru. 



Aku sempat shopping powerbank di lazada harganya agak murah berbanding dekat luar bila tanya kawan dorang beli harga nak dekat RM70 beza sangat, rasa bersyukur kepada mereka yang sudi memperkenalkan getex dekat aku selain memudahkan shopping, berbaloi dan jimat. 

Mudahnya shopping online di Getek.my, kenapa aku cakap mudah? Okey, kepada mereka yang tak boleh tidur malam boleh tengok barang, gejet atau pakaian tak perlu keluar rumah malam-malam buta, selain selamat dan jimat kos korang juga jimat tenaga. (^_^)



Kini aku dah tak perlu risau jika bateri nak habis, kalau ada event liveupdate boleh guna powerbank yang aku beli kat getex. Best tau shopping online ni sebenarnya sebab kita macam bagi hadiah kat diri sendiri walaupun dah tau apa dalamnya. Bila abang posmen datang bawak barang mesti tak sabar nak buka dan tengok barang tersebut. 

Tengok la tu, aku siap letak stiker "best blogger network" senang, kalau ada orang amik tau la siapa orangnya. Tak baik curi-curi barang orang. Kalau dulu nak liveupdate punya la risau takut bateri habis kena off data sat, pastu on balik dan terpaksa main on off data untuk buat kerja.

yang belum baca entry sebelum ni, cepat baca untuk tahu cara shopping online di getex pastu daftar cepat-cepat tau. http://www.getex.my/index.php?key=2434

2 comments:

  1. wah..terima kasih dengan perkongsian.bolh try pas nie..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, ni pun nak belajar jimat kalau nak shopping online. kita juga dapat benefit

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.