Kemeriahan Sepetang bersama blogger 2016
Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah, ini kali ke tiga aku joint sepetang bersama
blogger dan makin murah rezeki walaupun tak dapat hadiah utama tetapi setiap
kali #sbb aku dapat hadiah, rasa seronok sangat jaoint event santai macam ni dan berkongsi pengalaman dengan mereka banyak benda sebenarnya tentang networking yang aku tak tahu. Jadi bila berjumpa kenalan baru masing-masing akan kongsi mereka.
Aktiviti kali ini di adakan seperti tahun 2014
indoor, jadi korang boleh pakai bermacam-macam pesen terutamanya gugurl, mesti
nak pakai cantik-cantik, pakai makeup , tudung lilit tapi jangan sampai
terbelit. Yang bestnya, banyak cabutan bertuah itulah semua orang tunggu-tunggu
betul tak? Nasib baik aku ketemu sama
blogger Khai azfar dan Mek Onie boleh la jalan sesame dengan dorang sambil cari
hotel Grand Campbell.
Adik beradik EaOfficialcrew akhirnya dapat berkumpul. Masa
event je la dapat berkumpul , selain tu cotcet-cotcet je la dekat whatapp
“apalah yang di bebelkan tu”.
Jarang jumpa kotaklense, ya ampun… betapa jakunnya seorang
mahluk ini teruja habis sebab lepas snap gambar terus dapat gambar, tak payah tunggu
dua ke tiga hari. Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman camera Kodak kena tunggu
beberapa hari untuk dapatkan gambar. Sekarang, dua ke tiga minit ja dah siap. Orang
kata masa semakin pantas teknologi pun semakin canggih. Cantik mak hang, suka tengok gambar-gambar ni semua semua nampak ceria ja.
Ini pulak group BBN , ramai ahli best blogger network dapat
cabutan bertuah termasuk aku. Boleh la bagi family jajan sikit hasil cabutan
bertuah “ macam bagi budak kecik cikedis” tak sempat nak menyelit dorang dah
abis selfie takpe yang penting sempat jumpa beberapa orang.
Yang tak dapat hadir tu, semoga dapat berjumpa di lain hari.
Eh, lupa nak cakap siapa yang berniaga tak kira kecil-kecilan atau pun
besar-besaran boleh joint sepetang bersama blogger boleh kongsi ilmu dengan
para blogger. Kalau nak tau bila event sepetang bersama blogger di adakan
rajin-rajinlah tengok page iu-hazirah ataupun instagram @iuzira.
Akhir sekali selfie bersama rakan blogger, credit denaihati.com
jutaan terima kasih kepada para penaja iaitu Amna Home, Richworks Academy, Jopana.my, Oceanlife2u, ZT ZeeTa, Aleeya’s Kitchen, CVS Production, Upin & Ipin, Asia Herbal Biotech (HQ), Yeo’s Malaysia, Abang Ensem, Muhammad Firdaus Azizi, eQurban, Jus Bob Nanas, Kotak Lensa, Page – Sohaini Cookies, Hadid Travel & Tours (Adi Putra), PenMerah [dot] com com] dan Jemaah Bisnis Denaihati.
i wish i was there huhuhu
ReplyDelete