Header Ads

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60an dari dapur Hot catering

Assalamualaikum 

Buffet Ramadhan di Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur lebih kepada makanan melayu atau kampung korang akan nampak makanan kampung yang jarang jumpa serta kuih muih orang dulu kala yang sukar untuk kita dapat sekarang. Chef Yohanis dan Chef Mariam membangkitkan selera pengunjung yang datang. Hidangan nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas,Kacang Sepat Bercendawan,  Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, dan banyak lagi hidangan yang disediakan membuka selera pengunjung. 



Suka sangat tengok buah tembikai ni, kretif sungguh depa buat design bungayang nampak segar bugar. Nak makan macam sayang tapi kalau tak makan membazir takkan nak tengok ia membusuk, buahkan banyak khasiat bagus untuk kesihatan.




Kuih muih tradisional, tak ramai yang mengenali kuih tradisional. Kepada penggemar makanan tradisional atau tekak macam aku lebih gemar makanan melayu korang kena pilih buffet ramadhan kat sini yang di masak dari hot catering.


Ayam Skewer, nampak sedap dan moden tetapi rasanya tetap selera desa nostalgia.


Lemak Ketam Nenas, besar ketamnya nampak sedapkan memang sesuai sangat ketam buat masak lemak, alamak... taip entry sambil telan air liur, gluppp..... "kantoi" 


Nasi Kerabu, masih menjadi pilihan rakyat malaysia terutamanya orang kelantan.


Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar adalah hidangan istimewa hidangan bersama sauted potato, black paper sause dan mushroom sause. kredit neyra.com

Buffet ramadhan menawarkan harga istimewa ia berikan kepada korang yang dapatkan baucer awal dengan harga serendah RM58 untuk dewasa. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Mei 2016 sahaja. Harga normal selepas 31 Mei 2016 ialah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. 



No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.