Header Ads

"Start Right Brush Right" Event at One Utama Shopping Center

Assalamualaikum

Dari kecik kita dah di ajar menggosok gigi bermulanya apabila kita tumbuh gigi sehingga sekarang, sampai dekat sekolah pun cikgu ajar cara berus gigi. Siapa pernah alami macam aku? Cikgu suruh bawak berus gigi dengan cawan? tapi cikgu tak pernah bagi tau yang berus gigi ada pelbagai jenis mengikut masalah yang kita hadapi yang penting ada berus gigi.

Di usia yang semakin meningkat ni, mungkin kita baru sedar yang kita ada masalah pemilihan berus gigi apabila kita menggosok dan pemilihan yang betul adalah cara penyelesaiannya. Masih belum terlambat untuk kita tukar dengan berus yang sesuai mengikut masalah kita. 

jangan main-main, pemilihan yang tepat dan betul dapat mengekalkan gigi kita sihat sepanjang hari. bertempat One Utama Shopping Center iaitu Di road-show "Start Right Brush Right" telah beri aku satu peluang mengalami pengalaman baru menggosok gigi di tengah shopping complek. " hahaha ketawa sambil tutup muka". aku sebenarnya tak pernah terfikir akan gosok gigi dekat tengah shopping complek. aku juga berpeluang menggunakan berus gigi jenama Systema, jenama nombor satu jepun! patutlah dorang putih berseri ja giginya nampak menawan bila senyum. 


Kempen ini diadakan sempena bulan Kesihatan Mulut Sedunia. Pada mulanya, aku amat janggal nak gosok gigi di tempat awam walaupun ia tertutup sedikit tapi bila mula menggosok menggunakan berus gigi jenama Systema rasa sangat berbeza dan selesa nak menggosok.

Tujuan kempen ini adalah memberi info tentang pemilihan berus gigi yang sesuai dan kepentingan penjagaan gigi yang baik. Sepanjang kempen ini berlangsung, banyak aktiviti menarik yang telah di lakukan antaranya ialah mewarna untuk kanak-kanak, khidmat nasihat tentang penjagaan gigi, dan pemeriksaan gigi oleh doktor gigi. 

Sebelum aku di kenalkan jenama systema, Pihak penganjur telah beri satu borang kaji selidik untuk mereka ketahui lebih lanjut tentang penjagaan gigi aku selama ini dan dorang akan beri cadangan berus gigi apa yang sesuai untuk aku guna. Rupanya banyak jenis berus gigi yang harus kita tahu tak boleh main beli ja takut bertambah masalah. Setiap jenis berus gigi mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri.



Ini adalah jenis-jenis berus gigi

Aku telah diberi berus gigi 3D Clean, fungsinya ialah boleh berus di bahagian yang sempit dan bulunya yang halus serta lembut membuatkan kita selesa untuk memberus. Memberi kebersihan di celah-celah gigi, ia 3 kali lebih lembut pada gusi dengan mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66% jadi tak perlu tekan berus tu untuk membuang sisa yang tertinggal dekat gigi. Ia juga tahan lama berbanding berus gigi biasa. 

Kita kena sentiasa pesan dekat kanak-kanak pentingnya penjagaan gigi supaya di hari tua tak rugi. kenapa?, sebab kalau tua tak dapat kunyah makanan yang kita inginkan. Masih belum terlambat memilih berus yang terbaik untuk gigi kita dan mengubah kepada yang lebih baik! Bukan orang dewasa ja ada berus gigi yang baik tapi untuk kanak-kanak pun ada. 



Masa ni baru lepas habis interview, menggeletaq na makin ramai pula yang tengok aku interview dan dorang ada buat rakaman masa aku interview itu yang membuatkan aku makin nebes, tak biasa macam ni la jadinya. Tapi, alhamdulilah aku dapat jawab dengan jayanya tanpa menghiraukan orang sekeliling cuma fokus dekat orang yang menginterview ja. Ada juga terbelit-belit lidah nak sebut, aku tak dapat bayangkan macam manalah seorang pengacara boleh cakap dengan lancar depan camera. Info lanjut tentang systema boleh ke laman yang tertera. 


atau 

Consumer Care Hotline : 1-800-880-133

3 comments:

  1. penjagaan gigi penting juga, terutama daripada kanak2 lagi

    ReplyDelete
  2. wah..ada interview session gak ye, nak gosok gigi..hehe..gurau2 manja

    ReplyDelete
  3. selalunya, muja lebih pentingkan ubat gigi je.. kena pilih berus gigi jugaklah lepas ni..mmm

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.