Header Ads

Ketahanan Antibiotik

Assalamualaikum 

Tidak asing lagi, antibiotik sentiasa di berikan kepada pesakit sama ada orang dewasa atau bayi. Bagaimanapun tidak semua pesakit boleh mengambil ubat antibiotik kerana antibiotik hanya untuk ketahanan sementara kepada pesakit untuk mengurangkan sakit dan ada pelbagai jenis antibiotik khusus untuk penyakit jadi hanya doktor dan jururawat sahaja boleh beri antibiotik ini, jika salah makan antibiotik takut kita akan dapat penyakit lain.


Biasanya doktor akan tanya kita sakit apa? soalan itu akan menetapkan antibiotik kepada pesakit. Antibiotik adalah musuh kepada bakteria dan parasit, hanya doktor yang boleh membezakan jangkitan bakteria dan penyakit lain yang tidak boleh diatasi oleh antibiotik. Tak semua antibiotik dapat berfungsi, ini kerana seorang pesakit mengalami penyakit yang serius dan tidak boleh bergantung ubat antibiotik ketahanan tubuh badan semakin lemah dan virus semakin merebak. 

Jika seseorang itu telah kesan dia sedang sakit cepat-cepat jumpa doktor kerana dikuatiri ia akan merebak kepada orang lain. Antibiotik berkesan mengikut ketahanan anti body seseorang, kebiasaannya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria tipes , selulitis ,dan bisul. jika tidak di rawat cepat dan mengambil ringan terhadap penyakit yang di hadapi, dikuatiri bakteria akan merebak di tempat lain dan semakin sukar untuk merawat. Apabila sukar untuk rawat antibiotik sudah lagi tidak berkesan terhadap penyakit yang dihadapi. Antibiotik ada pelbagai bentuk seperti bentuk sirap , tablet , kapsul , suntikan ( suntik ) , krim atau salap dan losyen. Doktor akan beri antibiotik bergantung jenis penyakit yang kita hadapi.

Contoh jangkitan yang di hadapi oleh pesakit.

Kelebihan
Antibiotik ini dapat memberi daya ketahanan kepada pesakit, bakteria yang berada di dalam tubuh badan manusia sangat penting kerana ada bakteria baik dan bakteria tidak baik. Antibiotik dapat menghalang penyakit dan meredakan kesakitan yang dihadapi.


Kepentingan antibiotik
Mengurangkan keberkesanan rawatan kerana pesakit akan terdedah kepada jangkitan lebih lama jika tak makan dan antibiotik mengikut nasihat doktor, mereka ini berpotensi menyebarkan mikroorganisme perintang iaitu virus kepada orang lain. Kebiasaannya kanak-kanak sukar untuk memakan ubat, tapi demi kembali sihat dan cergas kita harus memaksaanya supaya ketahanan antibiotik memberi kesan terhadap tubuh badan mereka. Jika tidak, risiko jangkitan tidak boleh di kawal terhadap ubat menjadi kebal. Antibiotik adalah cara mencegah penyakit peringkat awal, jika tak berkesan terapi lebih mahal perlu dilakukan. Peningkatan tempoh sakit dan rawatan akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan dan memerlukan kewangan duit yang banyak untuk merawatnya. Disamping itu, ia akan membeban keluarga dan masyarakat kerana memerlukan kos rawatan yang banyak untuk pulih sediakala.

Contoh antibiotik

Ada pelbagai penyakit yang tidak boleh dirawat dengan antibiotik  yang dijangkiti akibat bakteria antaranya jangkitan yang sesuai ditangani dengan antibiotik ialah jangkitan sinus yang teruk, lebih dari dua minggu, radang tekak, jangkitan saluran kencing,  jangkitan kulit (luka besar) seperti jangkitan staphyloccocus dan jangkitan telinga ( luka kecil). 

Kesan fomulasi iaitu sel-sel imuniti dalam badan bertindak mengangkut antibiotik ke tempat yang berjangkit bagi memberi tindak balas agar dapat menyerap antibiotik. Kadar
penyerapan antibiotik yang diserap itu akan dibebaskan sebaik sahaja sel-sel imuniti bertembung dengan bakteria yang menyerang. Jika berasa sudah sihat tidak perlu makan antibiotik dikuatiri overdos dan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan. 

Jika dalam masa tiga hari tiada perubahan atau kemajuan, mungkin pesakit menghadapi jangkitan yang serius atau bakteria sudah kebal terhadap antibiotik. jangkitan yang teruk perlu dimasukkan ke wad, terutamanaya jika melibatkan spesis bakteria yang sukar di rawat dan pemeriksaan perlu dilakukan.

2 comments:

  1. Dah lama tak kena penyakit yang memerlukan antibiotik, Alhamdulillah

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.