Hanangell produk terbaru dari korea
Assalamualaikum ♥
umur makin meningkat jadi banyak perubahan yang kadang kala kita tak sedar, tak di nafikan bila tengok gambar lama bukan main mulus, cantik macam anak patung tapi sekarang pantang nampak cermin mesti nak belek muka, jerawat keluar bila dah hilang keluar tempat lain pulak, inilah akibat perubahan hormon yang sukar nak dikawal.
rasa segan pun ada bila orang tegur, apa tu kat muka? lagi segan bila ia tinggalkan kesan yang bertahun-tahun nak hilang, lepas tu keluar jerawat yang baru rasa nak nangis " selalu dok pikir, tengok muka orang lain macam mana dorang jaga kulit, cantik ja".
Jadi nak taknak kena cari inisiatif untuk hilangkan jerawat kat muka, kena cepat-cepat bersihkan muka dari segala jerawat dan jeragat sebelum ada orang tegur lagi. Ada satu produk ni mula-mula pakai, kesannya lambat nak nampak, aku ni pantang ada jerawat mesti nak usik sebab tak selesa, tapi sebenarnya kita tak boleh usik kerana kita tak tahu tangan ini ada bakteria atau tak.
satu produk banyak kelebihannya produk macam ni aku paling suka tak perlu beli satu-satu untuk kulit kita, kalau beli banyak kadang terlupa nak pakai itu ini, jadi yang ini sudah memadai satu untuk semua korang boleh pakai hanangell produk kecantikan terbaru dari korea.
tengok packaging pun dah unic, apa lagi bila pakai mesti berkesan dan memuaskan.
Hanangell iaitu Teknologi kecantikan Korea yang terbaru. Kelebihannya banyak dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berlubang akibat jerawat dan bekas jerawat. Bentuknya macam nak suntik orang, korang jangan terkejut ni dah habaq awai. Aku sebenarnya pun terkejut bila tengok bentuknya macam tu. Ini nak hilangkan masalah jerawat ke nak suruh jadi nurse, tiba-tiba confius, Mula-mula aku ingat dia salah hantar barang bila tengok logo dan nama betul hanangell jadi tak salah lagi ini adalah produk dari korea.
Bila dah pakai, ewah.. best pulak produk ni sebab ia sangat menghidratkan, melicinkan, kelembapan pemutihan, dan mengklasifikasikan kulit. Selain itu, Ia mempunyai tekstur seperti sutera, menyegarkan dan mudah diserap oleh kulit.
11 keberkesanan yang merangsang kulit yang korang tak mengetahui ia anti-oksida, memperbaiki warna kulit, mengurangkan melanin, menghidratkan, pudar parut jerawat, menghaluskan liang, anti-kedut, menegangkan kulit, melegakan alahan, pembaikan sel-sel basal, dan pembersihan yang mendalam. Sebenarnya masa mula-mula tak tau macam mana nak pakai hanangell bila tengok blog syafiera yamin baru tahu cara bukanya, penat pikir awat susah sangat nak buka ni.
Muka jahat dan balas dendam terhadap jerawat menggunakan picagari Hanangell ia bersamaan 10 keping topeng muka. Bahan utamanya ialah Asid Hyaluronik dan Kolagen, jadi korang tak perlu risau dan takut dengan aku, hokey. Kesan hanangell membekalkan kolagen dan kelembapan terhadap kulit yang kering, sesuai kepada mereka yang inginkan kesihatan kulit dan mereka yang mempunyai masalah alergi kulit, kulit sensitif, kulit jerawat dan ibu mengandung.
Berbentuk picagari, dan berwarna putih lutsinar
Ada dua Picagari Skin Booster Hanangell, dalam 1 paket, caranya menggunakannya ialah putarkan penutup iaitu anak panah yang telah ditunjukkan gambar di atas. Guna setiap pagi dan malam mengikut jumlah yang di perlukan sapu di muka serta leher supaya ia dapat meresap dengan baik.
Tiada kesan sampingan yang berbahaya untuk kulit dengan Hanangell Skin Booster. Mudah dibawa, dan simpan di dalam beg. Diskaun istimewa untuk pembaca www.iuzira.com sebanyak 20% sehingga 1 Mac 2017 kalau nak beli jangan lupa bagi tau dapat maklumat dari blog ini tau, kalau tak korang tak dapat diskaun dan kod Diskaun ialah Hanangell20blogger
#evemagicbeautysupplier
#realmag
Harga Runcit : RM80/pek
produk korea mmemang kena akui amat berkesan. mereka tidak akan keluarkan produk tidak bermutu...menarik mungkin 1 hari nanti boleh sy cuba
ReplyDeleteyup, tu yang org korea kulit cantik kan
DeleteWah menarik juga ni...tapi bula tgk picagari cam takut je hehehe...blh cuba nanti..nice sharing
ReplyDeletebentuk je macam picagari, nanti boleh la berangan jadi dokter kejap, tak perlu risau takde jarum pun
DeleteKena suntik pakai picagari? Scary lak
ReplyDeletebentuk je macam picagari, tak perlu suntik la sayang takde jarum pun. letak kat muka macam pakai mask
Delete