Header Ads

iuzira berada di utusan malaysia

Assalamualaikum 

Waktu yang paling menyenangkan dan hilang semua segala masalah ialah waktu tidur. Bila dapat tidur tekanan takde memang syok kalau dapat tidur lena tepi waktu tidur aku terjaga tak tau kenapa macam ada orang kejut waktu subuh lambat lagi, zaman sekarang kalau terjaga mesti tengok fon betul tak? bila terjaga dapat satu masej di whatapp nombor yang aku tak kenal dan nasib baik orang tu memperkenalkan diri.

Selalu kalau nombor aku tak kenal memang aku abaikan jer tapi kali ni rasa macam nak melompat pukul satu pagi aku dah tersengeh sorang-sorang dengan soalan yang tak di sangka-sangka. Penantian aku selama ni tak sia-sia. Alhamdulillah.

Mesti ramai nak tau macam mana masuk utusankan, tip itu pun aku ikut bulat-bulat apa yang blogger shiqin tunjuk, aku kenal beliau semasa di open hause 2015 tak sampai setahun lagi banyak info yang di kongsikan,  jadi korang kena ikut bulat-bulat juga. Utusan Malaysia, 21/11/2015 alkisah blogger young girl. 


terima kasih utusan Malaysia



1. Kena berani mencuba (try email, wartawan Utusan bebulan juga tunggu )
2. Entry dalam blog perlulah bermanfaat untuk pembaca
3. PM page Citra Orang Muda atau hantarkan email kepada dhiya.eimey@yahoo.com.my

Contohnya, blog korang memaparkan info yang menarik antaranya.... 

Susun ayat kasi cantik supaya wartawan berminat nak tahu lanjut mengenai korang. Beri salam terlebih dahulu, perkenalkan diri, then nyatakan kelebihan blog aku. Lepas tu bagithau lah harapan agar diberi peluang oleh pihak Utusan untuk dipaparkan dalam ruangan blogger pilihan. Dan jangan lupa tinggalkan details korang pada penghujung email (Nama, email, link blog, contact number) supaya mudah untuk dihubungi oleh pihak Utusan. (ala-ala belajar tulis surat rasmi ).
Sebenarnya ramai blogger yang layak untuk menjadi ruang pilihan blogger ini rezki aku mungkin esok lusa rezki korang pulak. Selamat mencuba. 

Apa reaksi abah aku?
Nak bagi tau awal mesti nanti lupa jadi aku tunggu hari jumaat, tapi abah tak percaya katanya ingatkan aku cuma sekadar bergurau. Benda yang buat kita sendiri teruja tak kan nak gurau betul tak? esoknya aku beli sendiri paper utusan malaysia dan tunjukkan kat abah bukan main terkejut ingatkan kecik jer rupanya besar satu page muka aku terpapar di situ. Walaupun aku tak berapa pandai dalam pelajaran tapi aku teringin buat something yang ibubapa aku bangga dengan aku.

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.