Header Ads

Ciuman dari lip balm CIUM

Assalamualaikum 

Pasti ramai tak sangka ada Produk CIUM. CIUM adalah lambang kasih sayang antara suami isteri yang belum kawin tu kalau nak cium cepat-cepat kawin ya tak pun ciumlah baby kawan-kawan korang yang dah kawin. Sekarang ni ramai kawan aku yang dah dapat baby.



CIUM juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain kerana ia boleh menghilangkan tekanan ketika bercium dan memberi ketenangan. Selain itu, ia seperti memberi sebuah hadiah ciuman cinta sepasang suami isteri.


Kini ada satu produk khas iaitu CIUM yang mempunyai kisah di sebalik nama CIUM. Produk ini di cipta khas untuk menambah keseronokan semasa bercium. Lip Balm CIUM adalah lip balm ‘kissing’ yang pertama dicipta di Asia. Sebelum ini, kita tak pernah dengar Asia mengeluarkan produk seperti ini. Ia dicipta oleh dua orang juruterbang penerbangan untuk mengekalkan kelembapan pada bibir seseorang biasanya apabila kita berada di udara bibir akan cepat kering jadi memang sesuailah korang dapatkan Lip Balm ini ketika berada di udara harga pun sangat berpatutan dan mudah di bawa ke mana sahaja. 

Nak tau macam mana nak dapatkan Lip Balm CIUM, okey korang boleh ke laman web www.nomonkey.org . Ada berita baik untuk korang, untuk dapatkan harga yang murah boleh tempah awal sempena Valentines Day pada tahun hadapan sudah tentu jika hari Valentines Day tiba pasti harga CIUM akan mahal sebab akan ada permintaan tinggi oleh orang ramai. 

Untuk pengetahuan produk ini bukan sahaja khas untuk perempuan lelaki pun boleh pakai kerana ia untuk memberi kelembapan pada bibir antara kedua-dua pihak. Jadi, ada dua jenis paket dan dalam satu pek kotak ada dua perisa iaitu S’berry & Meeko dan perisa kedua ialah Sambal dan Ais.



Nak tau mana yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, Meeko untuk lelaki dan S’berry untuk perempuan. Sesuai sangat untuk suami isteri sebab ada dua CIUM dan dua flavor yang berbeza. S’berry ini rasa manis walaupun kita hanya meletakkan pada bibir tapi kemanisan CIUM dapat kita rasa, ia juga kelihatan segar apabila pakai pada bibir.

Selain beli secara online korang boleh dapatkan di dalam setiap penerbangan AirAsia. Untuk pengetahuan penggemar CIUM ada dua lagi flavor selain Meeko dan S’berry iaitu CIUM Zac/Kimmy dan CIUM Jumbo/Ying.

Peraduan CIUM akan dianjurkan dengan menawarkan hadiah yang lumayan RM1500 menanti anda. Memandangkan ianya pertandingan kissing, jadi ianya terhad kepada pasangan suami isteri. Menarikkan pertandingan ini, cara bagaimana korang kena buat ialah rakam sebuah video pendek bergantung selama mana korang boleh bertahan bercium dan yang penting cara yang kreatif dengan meletakkan sebuah jam dan satu kotak produk lip balm CIUM dihadapan dan post di Facebook and Youtube. Untuk maklumat lanjut layari laman web nomonkey.org

2 comments:

  1. Wah Lip Balm CIUM pun ada jugak dibuat khas untuk bibir mereka yang kering dan boleh kiss-kiss pula untuk suami-isteri. Produk terbaik ni...

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.