Header Ads

BLOUSE MUSLIMAH BY MYBLOUSESHOP.COM

Assalamualaikum 

Dah lama nak cari baju muslimah yang sesuai dengan cita rasa kita sendiri memang susah nak dapat kalau di shopping mall lagilah fesyen cantik-cantik tapi tak sesuai dengan cita rasa. Ada satu hari tu saja taip Blouse muslimah dekat pakcik google. Dia telah bagi jawapan yang selama ini aku tercari-cari dan terus keluar laman web MYBLOUSESHOP .


Pengalaman aku menggodek laman web tersebut nak tau apa yang aku jumpa, jelez tau orang lain dah tahu lama pasal ni siap dah tayang baju yang aku terkedek-kedek tanya pakcik google baru jumpa, banyak gilar blouse yang aku berkenan dekat situ nak cari dekat pasaraya memang tak jumpa.



ramai yang dah dapatkan koleksi myblouseshop dan masuk majalah NUR jadi mesti ia berkualiti.

Dah alang-alang usha serta godek apa lagi terus pilih blouse yang selama ni menjadi idaman aku. Bila dah dapat ia sesuai untuk gadis muslimah baju dia labuh dan tak ketat. Please buatlah pilihan yang tepat dan cepat kalau memang dah berkenan macam aku ni tahap nak nangis jumpa baju yang selama ini jadi idaman kalbu korang kena dapatkan cepat takut sold out nangislah sorang-sorang tepi bucu katil.


Sebelum korang tengok gambar-gambar dari website blouseshop, meh baca dulu informasi yang aku nak kongsikan mengenai MYBLOUSESHOPMyBlouseShop dimiliki oleh Danish Ahlam Empire Services yang telah berdaftar dan nombor rujukannya adalah 001839926-W. Design dan pakaian di laman website tersebut sangat sesuai diperagakan oleh para wanita tidak mengira umur, agama dan bangsa. Ia juga popular di kalangan artis tempatan dan ramai pengikutnya di Fanpage sebab kualitinya bagus dan sangat memuaskan.



design yang simple sesuai digayakan di mana-mana sahaja.

BLOUSE CHIFFON
Menggunakan meterial chiffon cerruti, sekarang ramai minat kain chiffon sebab tak tebal dan selesa apabila di pakai, Aku berkenan baju ini sebab meterialnya lembut, nampak berkualiti dan menggunakan lining yang serap peluh, jadi kalau korang pakai masa kenduri kawin tak jadi masalah walaupun cuaca panas terik.

Selain itu, koleksi Nabila Blue ni senang nak basuh dan iron. Ada 5 pilihan saiz iaitu S hingga XXL. Warna dia pun tak luntur kalau basuh ni yang aku suka kalau tak.... sekali basuh dah luntur nak pakai lagi terasa macam baju lama segan pun ada.

BLOUSE DENIM


Kita tengok model pun dah tau, alahai sopannya baju ni nak buat pergi kenduri pun boleh nak berjalan-jalan pun boleh sesuai pakai seluar dan kain. Orang kata 2 in 1 tak payah beli baju lain. Okey, meterial denim ini macam t-shirt tapi tebal sikit. 

BLOUSE BURBERRY


Ramai aku perhatikan gadis-gadis remaja sekarang gemar baju bercorak kotak-kotak dan nampak simple, sangat sesuai kalau korang pilih blouse burberry ni mudah digayakan dan nampak stylo ada print burberry dekat button. Kalau ada rezki aku nak pilih blouse ini pulak, korang jangan abiskan ye nanti aku pulak yang nangis dekat tepi bucu katil.

BLOUSE COTTON



Yang ni testimoni daripada aku , meterial ini lembut dan berkualiti. Sebelum dapat baju ni risau ada gak sebab takut tak sesuai bila pakai ada satu nombor yang tak di kenali dan aku pun angkat rupanya abang posmen tengah cari rumah aku nak pos blouse ini. Tak sabar nak pakai tapi aku terpaksa pos dekat rumah takut tak sempat sampai kolej sebelum ni aku order barang dari ternet 2 minggu baru sampai tu yang sadis. Alhamdulillah servis dari MYBLOUSESHOP sangat pantas tak buat aku tertunggu-tunggu.

Warna ini tak ada lagi sebab tu blouse ni jadi pilihan aku yang penting ia longgar kalau pakai masa mengandung pun boleh. Eh, cewahhh kawin pun belum dah cerita pasal ngandung. "tutup muka". Design ni nampak sesuai kalau nak pakai formal, lagi pun butangnya separung sehingga dada dan bahagian lengan pun berbutang senang nak ambil wuduk, senang cerita blouse ni sangat memudahkan si pemakai. 

Blouse cotton ini tak sendat bahagian punggung, saiz yang di sediakan S hingga XXL. Harganya pun murah jadi sayang kalau dah jumpa baju yang digemari tapi tak dapatkan cepat. Aku puas hati dengan baju dari MYBLOUSESHOP tak jarang dan coraknya pun simple.

4 comments:

  1. cantik2 design.. simple je.

    ReplyDelete
  2. cantik2, yang penting menutup auratkan

    ReplyDelete
  3. Cantik dan yang penting patuh syariat...tak singkat

    ReplyDelete
  4. fesyen yang terkini dan saya pasti akan diterima ramai

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.