Header Ads

Steamboat BBQ buffet D'kayangan

Assalamualaikum 

Sebut je steamboat D'kayangan, semua orang tau, di satu hari sedang aku busy nak exam tetiba ada sorang blogger Shah Alam jemput untuk makan di steamboat D'kayangan dah lama nak makan kat situ cuma tak sempat, mungkin ini peluang aku tapi terpaksa lupakan hasrat untuk makan steamboat demi perjuangan (sedih tak berlagu) T_T Siapa yang tak sedih dapat peluang terpaksa dilepaskan dengan hati yang amat berat. Aku cuma mampu berdoa dapat peluang makan di steamboat BBQ buffet D'kayangan.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar... macam mana En.Arif boleh dengar kata hati aku sedangkan aku tak mengenalinya. Aku dijemput oleh En.Arif untuk makan sampai kenyang bersama sesapa je yang aku suka tak kira la kawan, blogger, jiran, sedara mahupun keluarga. Memandangkan kawan-kawan sibuk dengan aktiviti harian aku mengajak kaluarga makan steamboat.


Nampak tak? di situ Allah nak aku eratkan silaturrahim sesama keluarga walaupun satu bumbung tapi kekadang masing-masing tak dapat makan bersama. Jadi, inilah hikmahnya peluang lain pasti akan datang cuma lambat ke cepat je.


Steamboat BBQ buffet D'kayangan terletak di bangunan Sri Acapella kalau korang tak tau tempatnya dari jauh pasti nampak bangunan yang tertulis ACAPELLA lepas tu ikut je jalan menuju bangunan Acapella mesti korang akan sampai Steamboat d'kayangan.



Nampak kemas susunan meja dan kelihatan lengang tapi bile sampai korang jangan terkejut ramai yang berpusu-pusu nak makan steamboat kat situ, Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari.




Korang boleh pilih apa-apa steamboat yang korang suka, nak amik ketam, udang, ikan, ayam, daging, sotong, nak rasa semua pun boleh kalau takut tak habis boleh amik sikit-sikit bagi mengelakkan pembaziran. Nak ambil berulang kali takde sapa nak halang cuma larat atau tak je nak ulang alik.


Pelbagai jenis mee disediakan, nak rasa bihun, so'on, megi pun ada tapi aku ada teramik satu mee ni konon-konon nak rasa steamboat ala-ala megi tapi teramik mee yang pedas, terasa pelik lidah aku nasib baik amik sikit je, dua cawan aku minum untuk melegakan tekakku yang pedas. Naik kembung perut minum dua cawan. Kini perutku buncit sedikit huahahaha "gelakkan diri sendiri"


Angry bird dan bintang ni aku ambik sebab comel, aku tengokkan kecomelannya seketika sebelum merebus ke dalam kuah tomyam, macam sayang nak makan tapi kalau tak makan rugi jadi aku menikmatinya dengan menyimpannya dalam perut.

Kini aku semakin comel sebab makan angry bird dan bintang yang comel, inilah tip untuk jadi comel. Pelanta, korang kena letak dekat tempat pemanggang untuk elak ia melekat.


Telur burung puyuh, siapa yang suka telur puyuh dia adalah seorang yang kiut, telur puyuh ni mengingatkan aku dengan mak, tengok macam dah masak je la elok je dia susun dekat situ, ingatkan tinggal ngap je rupanya kena rebus dulu.

mak aku punya la excited nak makan telur puyuh ketuk-ketuk rupanya belum masak nasib baik ketuk pelan-pelan kalau tak habis bau telur. lepas tu terus masukkan dekat kuah tomyam. Cuma mak aku tak sempat buat telur dadar burung puyuh mesti ramai nak cuba kalau nampak.




 Selain steamboat, korang boleh makan buah-buahan seperti betik, limau dan tembikai.


Ini adalah makanan yang terakhir aku makan iaitu ABC, korang boleh buat sendiri ABC, ais selepas dikisar korang nak buat tinggi gunung kinabalu suka hatilah, ABC yang aku buat tawar sikit, sebab aku tak reti buat ABC walaupun ia salah satu kegemaran aku tetapi aku tetap habiskan. 

Sapa yang datang awal dapat merasa kambing bakar panas, disebabkan aku pergi malam kambing tu dah tinggal tulang, kepada penggemar kambing harus datang awal, OKEY.

Pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT 
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 

Harga Dewasa :  RM34.98nett sahaja termasuk GST 6%

Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM18.02nett sahaja termasuk GST 6%


Terima kasih En.Arif telah mendengar kata hatiku, korang kena cuba steamboat dekat sini sebab makanan dia awesome, sebab itu ia terpilih dalam rancangan jalan-jalan cari makan, yang aku bergambar bukan En.Arif ini adalah salah seorang pekerjanya. Sebenarnya aku kakak yang exited nak jumpa En.Arif tapi disebabkan beliau tak datang memasing bergambarlah dengan pekerja kat situ.

Aku suka service yang ada, cepat je dorang buat kerja kalau makanan habis terus dorang tambah. Restoran ini boleh dimuatkan seramai 170 orang di bahagian dalam. Waktu operasi dari 5pm-2am. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah didalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan

Alamat
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 
Sri Acapella Service Appartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi,
13/33M Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Untuk mengikuti pekembangan kami, anda boleh layari
Facebook: Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat
Hash Tag: #dkayangansteamboat
Contact: 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

4 comments:

  1. Pernah pergi makan kat sini tahun lepas masa bulan ramadhan. Bukak puasa. Tapi hari Emi pegi tu macam tak banyak emi boleh rasa sebab dorang mcm lambat refill makanan yg dah habis. Kambing pun tak sempat merasa. Agak kecewa disitu. Tapi takpe fikir positif, maybe salah timing kot pergi tu. Kebetulan hari tu ramai customer ke camne ke. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa memang ramai yang buka puasa kat situ, sebab penah nak buka makan steamboat siap kena order tempat dulu kalau tak takde tempat

      Delete
  2. uihhhh... sedapnya semua ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat ada kuah tomyam ngan sup

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.