Header Ads

cookies pak mimpi

Assalamualaikum 

Tak sangka jumpa si dia lagi eceh-eceh dah macam jumpa pakwa tapi boleh la sebab minat lagunya. Eh siapa si dia tu? kalau korang baca entry hijabey2015 korang akan tau siapa si dia tu. Tengok tentatif hijabey2015 dia cuma ada hari sabtu jer tapi bila kaki melangkah ke dewan alangkah terkejutnya hari ni ada kat event hijabey2015 nampak tak keterujaan kat situ. Nasib baik mulut ni tak ternganga bila ternampak kelibatnya.


Sebelum itu, pusing-pusing tengok shawl yang ada bukan itu jer perfium, biskut, produk penjagaan kulit dan both majalah dara pun ada. Jadi, tak bosan dan tak kan menyesallah korang datang walaupun sesat macam aku. Datang memang dengan tujuan dan harapan dapat satu shawl untuk photoshoot nanti tapi terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana satu, kalau beli semua menangis dompet termasuklah aku huahaaa.


Tak nak bagi korang tertanya-tanya, siapa si dia tu dan yang tak sempat nak baca entry hijabey2015 aku terasa baik hati hari ni dan akan di beri tahu sebentar lagi.


Ingat tak entry encik mimpi gathering pak john steamboat  masa tu tak sempat nak berbicara dengan encik mimpi. Alhamdulillah, kali ni allah beri kesempatan aku berjumpa dan berborak sedikit dengan encik mimpi. Sambil berborak aku rasa sikit cookies pak mimpi.... rasa sekali nak borong sedozen. Konon-konon nak borong untuk buat stock raya tapi pasti korang akan mengunyah depan Tv sambil menikmati cookies pak mimpi sampai menjadi igauan. 



Cookies pak mimpi menjadi igauan, bila makan cookies chip terasa suasana hari raya pula ada juga kuih kapit

Ingatkan encik mimpi reti menyanyi jer buat biskut pun reti, bapak sedap biskut ni bukan setakat bapak mak, nenek, makcik, pakcik kalau rasa mesti nak order lagi. Nak tau rasanya, kena dapatkan biskut pak mimpi yang semakin ramai termimpi-mimpi akan kelazatan biskut ni. 

Nak jadi juri makanan jap, bagi aku biskut pak mimpi kerangupannya terasa dimulut dan chip yang digunakan tak terlalu muak sampai korang akan makan sehingga puas dan habis satu balang, kemanisannya pula tak terlalu manis dan ia sesuai untuk lapisan masyarakat kanak-kanak, remaja,dewasa, orang tua yang takde gigi pun boleh rasa sebab ia mudah hancur dimulut. Kemam-kemam dalam mulut pun boleh lepas tu telan, pastikan korang sediakan air kat sebelah, takut tercekik mana tau korang rasa terlalu exited makan biskut pak mimpi sampai tercekik.  


Encik mimpi melantik aku sebagai duta cookies, terharu T_T dengan gaya pegang balang kena ada style baru nampak sebagai seorang duta "walaupun ia satu angan-angan tapi macam betoi" haha

Lepas ni mesti tak henti-henti customer nak repeat order, kalau encik mimpi busy dengan cookies jangan terkejut kalau ada orang buat persembahan sambil pakai apron "terlupa tanggalkan apron yang semakin diminati lapisan masyarakat".

Yang berminat dengan cookies pak mimpi ni korang boleh ke instagram @pak mimpi untuk buat tempahan.

3 comments:

  1. nice review...!!
    tertarik juga nak rasa cookies Pak Mimpi ni... errmmm... harganya...?

    *saya singgah klik2 nuff... lalalalalaa...*

    ReplyDelete
  2. nice review...!!
    tertarik juga nak rasa cookies Pak Mimpi ni... errmmm... harganya...?

    *saya singgah klik2 nuff... lalalalalaa...*

    ReplyDelete
  3. Dramatic Uniq rugi tak rasa, harganya RM15 je satu balang

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.