Header Ads

koleksi alfio raldo terkini

Assalamualaikum 

Alfio Raldo jenama yang semakin menjadi pilihan para gadis kerana design terkini dan up to date membuatkan ramai meminatinya, Pada 26 mac 2015 sempat aku joint pelancaran Alfio Raldo di menara The Weld Raja Chulan walaupun sibuk dengan exam. Keinginan melihat koleksi rekaan Alfio dengan mata kepala sendiri membuatkan aku tak sabar nak tengok barang-barang Alfio yang dikatakan "WoW".


Pelbagai jenis barangan Alfio yang korang seakan-akan tidak tahu nak pilih mana satu. Kali pertama masuk ke butik Alfio Raldo terus nampak koleksi beg, jam, cermin mata dan kasut serta purse semua ni korang boleh menggayakan pada hari raya nanti.  



Macam banyak je barang Alfio Raldo dalam beg tu, di sebabkan takzaba aku terus pakai barang tersebut tanpa menunggu hari raya. 

Dengan dunia fesyen yang semakin maju dan bergaya, syarikat pemasaran aksesori jenama Alfio Raldo telah ditakfirkan barangan berjenama. Terdapat banyak produk dalam rangkaian dan pelbagai warna, pilihan. Ia memberi keceriaan kepada pembeli dan pemakai kerana warna-warni menceriakan suasana.


Kalau dulu-dulu korang main beli jer beg dan macam makcik-makcik pergi pasar kini bila ada koleksi Alfio Raldo korang akan kelihatan macam datin dan Puan Sri nampak bergaya bila memiliki barang yang menjadi trend anak muda remaja masa kini.


Pelanggan yang semakin meningkat terhadap jenama yang meletop ni pasti perniagaan ini akan semakin berkembang dan terus maju. 


Nasiblah kalau lambat dapatkan koleksi yang cantik-cantik ni, orang lain dah sambar dulu dan korang jangan sedih terjun tingkap ya, banyak lagi koleksi Alfio Raldo yang up tu date mengikut cita rasa pelanggan. 




Allah, cantiknya koleksi jam yang terdapat di Alfio Raldo lelaki dan perempuan boleh memiliki jam ini dengan kadar segera pasti si pemakai jam tangan tersebut akan nampak smart.



Cuba korang tengok warna warni beg yang menjadi rebutan para wanita nampak ceria dan menawan kepada sesiapa yang memakainya. 


































Biasa orang kata kalau pakai sunglases nampak bergaya, macho dan berkeyakinan itu memang betul dan tak dinafikan. Kualiti jenama Alfio Raldo memang memuaskan dan terbaik. Eh, macam sama je dengan aku punya. Sesiapa yang dah dapatkan sunglases daripada Alfio Raldo cakap "YES" boleh kita bergaya sesama ^_^






Selain tu, Lelaki pun boleh shopping barang Alfio Raldo iaitu Purse untuk lelaki dan wanita. Ia tahan lasak dan yang penting boleh simpan duit. "ada ke purse yang tak boleh simpan duit?" tetiba macam pelik pulak soalan aku tu.


Test aku terhadap kasut yang ada di pasaran ialah kasut bertutup senang nak pakai stokin tak kisahlah sama ada kasut tu wedges, high heels, atau sandals yang penting ia bertutup. Em, tapi ada ke sandals yang bertutup? Kalau jenis yang tak bertutup kena tengok design kasut, yang minat kasut tak bertutup atau nak tengok design lain korang boleh pergi ke LINK NI 

Sekian, Selamat bershopping. 

2 comments:

  1. salam kenal..
    singgah sini... teruja kan dpt goodues dari alfio raldo nih..hehee.. hakak pon tak tunggu raya dah pakai dah..

    jemput singgah mrspuex.blogspot.com ya..

    xoxo,
    ainie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, seronok dapat barang yang kita teringin nak miliki

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.