Header Ads

sudi kata sudi

Assalamualaikum 

Alahai, tajuk novel ni macam tuju dekat aku jer ehem-ehem " tetiba sakit tekak pula" ni pertama kali  ittew dapat novel dari someone yang baik ati. Eh, salah teke tu... bukan "boyfriend" yang bagi novel ni pun kenalan baru @hanifahzainalabidin sponsor giveaway HaiBlogger yang lepas dekat Instagram. Kalau giveaway dekat insta aku susah sikit nak tengok siapa pemenangnya takut terlepas tapi nasib baik dia bagi tau nama pemenangnya dekat facebook so, senang sikit aku nak tau sapa yang bertuah tu. 


Minggu lepas dapat novel Sudi kata sudi minggu ni dah abis baca, walaupun muka surat dia nak dekat 700++ tetap aku gagahkan diri untuk menghabiskan membaca. Kalau baca separuh jalan je tak syok le tak dapat nak felling macam aku pulak yang watak utama dalam novel tu.

Lepas habis baca novel ni nasib baik tak sama situasi yang aku alami cuma tajuk je sama. Best novel ni sambil golek-golek atas katil baca ittew sampai tertidur di buai mimpi hahah, esok pagi nak sambung baca dah tergaru-garu kepala tak tau sampai mana baca semalam sebab dah sambung dalam mimpi. Amik masa dua ke tiga hari gak baca akhirnya berjaya habiskan. Lepas ni, siapa yang nak bagi Novel?? aku dengan rela hati menerimanya (^_^)

Sinopsis
Suraya dan Zulhairi sahabat baik sejak kecil, kerana title sahabat baik itu jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamisiah untuk mencarikan jodoh buat Zulhairi. Suraya bingung, dia tahu Zulhairi sungguh tidak suka urusan peribadinya dicerobohi. tapi bila Zulhairi sendiri buka mulut, Suraya terpaksa turun padang membantunya. 

Apabila Zulhairi main taktik kotor, Suraya mula menggelupur. Tiba-tiba pula dia menjadi mangsa. Demi mak Cik khamsiah yang banyak berjasa, Suraya ikutkan juga rentak Zulhairi. Kemunculan Madihah menyelamatkan dirinya yang cuba menyatukan Zulhairi dan Madihah. Lagi pula, Madihah punya pakej yang lengkap untuk menjadi calon isteri Zulhairi.

Dalam diam, Zulhairi juga punya agenda membanti Wafi, memenangi hati Suraya. Zulhairi juga mahu yang terbaik untuk Suraya dan Wafi punya syarat yang cukup. Antara Zulhairi dan Wafi, Siapakah jodoh sebenar Suraya?? 

Cinta datang tanpa pinta, 
hadirnya tanpa tanda dan
akan kekal walau tanpa kata

Tetiba jadi minah jiwang kejap, Kengkawan korang yang suka novel ni sebenarnya sweet tau walaupun dorang tak tunjuk depan-depan. kalau tak caya, cuba korang perhatikan member bila baca novel mesti gelak sensorang tu mesti tengah fefeling le tu jadi heroin.

Pabila habis baca satu novel, mesti nak baca yang lain pulak.... tak boleh tak boleh nak dekat exam ni, focus-focus. Kegilaan novel sukar diatasi, help meeee.

4 comments:

  1. Alhamdulillah... dah tamat baca.. hani pun suka novel ni .. best.. hehe.. lepas ni boleh kasi la ye, tgok minat baca novel juga ni.. ada geng ;)

    ReplyDelete
  2. ni yang membuatkan hati memberontak nak gi cari novel ni..huhu

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.