Header Ads

setiaku untukmu

Assalamualaikum 

Rasa baru minggu lepas aku habiskan satu novel kini, tamat lagi satu novel yang aku duk terlebih fefeling ada orang setia dengan aku "pengaruh novel terlebih" . Ala, korang bagi la peluang kat aku jadi heroin baru rasa dunia ni indah je memanjang walaupun cerita ni pada mulanya ada tragedis sikit dan heroinnya kena culik dengan suami sendiri. Korang mesti pelikkan, apesal la suami dia nak culik bini sendiri? sedangkan dah sah jadi somi isteri. 

Hari ni, tak berapa sihat asik batuk + selsema + sakit tekak huaaa tu la hari tu aku dok gatai mandi malam terus jadi gini tak tau bila la nak baik T_T. Kesian roommate aku rasa terganggu bila nak tidur tengah syok mimpi batukku telah mengganggunya sampai tutup telinga tapi aku tak boleh nak tahan dari ia batuk.

okey, menaip sambil terbatuk-batuk "uhuk-uhuk" tetap nak update entry. Kalaulah boleh masuk cerita dalam novel ni, seronok dapat lelaki yang setia walaupun isteri bagi green light kawin lain "setia tak"? mungkin kerana cinta dan sayang Zafril tak kawin lain walaupun sebelum ini isterinya tak ingat kat dia.



Sinopsis
permainan takdir hidup Syed zafril Haqim dan Aimuni Syakira bermula tatkala mereka baru sahaja berumah tangga. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang sarat dengan kedukaan. Mereka terpisah angkara rancangan jahat orang yang tidak mahu melihat mereka bersama.

Takdir menemukan mereka semula tetapi tidak semudah itu, syed zafril haqim terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menculik isterinya sendiri. Kehadiran Sara Farhana saat Aimuni Syakira mula membuka pintu hati buat suaminya telah meretap seluruh kepercayaannya kepada Syed Zafril Haqim.

Kesetiaan itu lahir kerana cinta
yang telah kau berikan kepadaku

Aku suka baca part antara dua orang kawan ni usik mengusik Aimuni, dua sahabat ni memang sekepala susah nak cari kawan cam gitu. Ari tu Masa tengan fefeling jadi heroin, tetiba rasa bahagia pula macam aku ada pengalaman pula berumah tangga ni. Paling suka baca biodata Zafril part hobi memang aku tergelak sensorang le nak tau apa biodata dia?. 

Nama : Syed Zafril Haqim bin Syed Fakri
Umur : tua setahun 
Alamat : Tinggal di tempat yang di panggil rumah
cita-cita : menjadi hamba yang diradai Allah S.W.T
hobi : Bergaduh dengan seorang gadis brutal
Warna kegemaran : pink

Ni je yang aku boleh cerita kalau nak tahu apa yang terjadi seterusnya korang kena dapatkan novel ni happy ending ke tak ye? 

3 comments:

  1. Replies
    1. yang ni best wlaupn last part sedih sikit

      Delete
  2. dah lama sangat tak baca novel,tapi kalau baca mesti taknak buat keje lain...haha

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.