Header Ads

Tripda

Assalamualaikum 

Sebelum aku cerita panjang lebar dan membuatkan korang ngantuk dibuai mimpi, aku nak tanya korang suka tak traval? ophhss, tetiba aku rasa macam korang terus buka mata sebesar alam sebut traval masing-masing suka asik senyum-senyum je. Blog aku ni tak berapa menarik untuk korang baca cuma ada beberapa entry je yang menarik. Okey, entry ni pasti membuatkan korang suka baca sebab aku rasa seronok je nak taip entry ni.

Entry ni lebih kurang macam tip untuk korang traval atau menaiki kenderaan awam untuk lebih jimat dan selamat sama ada sensorang atau kengkawan. Korang pernah dengar tak applikasi baru yang aku sendiri masih blur tentang applikasi ini iaitu Tripda. Aku sangat paham kepada yang gemar traval tapi ingin saving duit, caranya ialah korang kena tahu apa itu Tripda baru korang boleh save budget. Tripda adalah applikasi terbaru di Malaysia yang ramai masih tidak tahu fungsi dan kelebihannya konsep yang digunakan ialah carpool atau berkongsi kereta menuju ke suatu destinasi yang sama dengan pegguna lain. 


Taraf hidup yang semakin meningkat dan keinginan nafsu macam orang mengidam ia dapat membantu anda untuk jejak negeri atau negara orang bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" lepas ni korang tak payah pening garu-garu kepala macam mana nak save budget, Tripda boleh bantu menyelesaikan masalah korang. Tripda yang diasaskan oleh Rocket Internet adalah sebuah platform yang berasaskan laman web dan aplikasi untuk Android dan iOS. 


Info-info tentang tripda amatlah berguna kerana korang boleh praktikkan masa sekarang atau hadapan. Bagi sesapa yang takde lesen atau gemar naik pengangkutan awam korang boleh akses laman web tripda atau muat turun di Google Play bagi pengguna Adroid dan App Store bagi pengguna produk Apple seperti iPhone dan iPad. Selalu kita dengar shopping dihujung jari ni aku nak bagi tau dua perkara pertama tripda ni boleh dikatakan keselamat lebih selamat dan terjamin kedua penjimatan juga di hujung jari.


Pendaftaran TRIPDA


Kepada yang sudah log masuk atau login facebook sahaja boleh menggunakan perkhidmatan tripda. Jadi, kepada yang hendak menggunakan perkhidmatan tripda kena daftar dulu ye. Selepas itu, korang akan terima pengesahan melalui email atau sms tentang pendaftaran dan masukkan kod pengesahan untuk mengesahkan kembali nombor telefon korang. 

Oleh itu, amat berguna untuk korang berjimat dengan ekonomi yang kurang stabil sekarang. Ia adalah lebih pantas dan lebih mudah kerana sekarang ramai yang dah ada akaun facebook termasuklah makcik dan pakcik aku, orang tua-tua sekarang dah tak buta IT mana tau dorang lagi hebat dari kita. 

Anyway, bila dah daftar korang boleh jadi penumpang atau menawarkan kereta korang untuk ditumpangkan oleh pengguna lain dan korang boleh mengenakan caj yang berpatutan kepada dorang, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan tetiba banyak pula kata pepatah hari ni. Hanya taip, dari mana hendak kemana cehh wah dah macam tanya khabar orang pula serta tarikh korang nak pergi Tripda akan bagi tau semua kenderaan yang ditawarkan untuk ditumpangkan pada tarikh yang korang pilih serta harga yang ditawarkan jadi korang boleh sediakan duit awal.

Kenapa perlu pilih Tripda
Kelebihan Tripda yang korang mesti suka adalah boleh berinteraksi dengan pemandu yang korang pilih tanpa perlu bagi nombor telefon dan ia percuma dengar ya "percuma" mesti korang sukakan.... Demi keselamatan Tripda juga menawarkan kenderaan untuk wanita sahaja macam KTM ada tempat khas untuk wanita sahaja bagi para penumpang yang tak selesa dengan pemandu lelaki boleh pilih perkongsian kenderaan dengan wanita sahaja. 

Ia juga dapat menjaga alam sekitar kerana jika ramai menggunakan perkhidmatan ini penggunaan kenderaan dan petrol berkurang. Kalau sorang je kat kereta dan takde orang dekat sebelah rasa membazir minyak tak? jadi korang boleh cari penumpang dengan menggunakan applikasi Tripda dapat jimat minyak, dan dapat tambah duit makan sikit. Konsep perkongsian sangat berguna tetapi korang juga kena hati-hati kepada penumpang yang tidak kenal supaya perkara yang tak diingini tak berlaku kepada kita.

Kalau sensorang kat kereta mesti mengantuk jadi kalau ramai kurang sikit ngantuk, Muka happy merah tau we all hari ni wefie dulu dengan kanak-kanak kat belakang menceriakan lagi suasana.

Adakah tripda perlukan lesen?
Ya, kepada para pemandu sahaja perlukan lesen kalau takde lesen macam mana nak bawa kereta. Jika penumpang takde lesen pun takpe tak jadi masalah pun dan ia dilindungi insurans dan kepada penumpang tidak perlu risau jika ditahan oleh pak polisi semasa nak pergi ke destinasi yang dituju. 

Rating
Aku sendiri pun baru tau tripda boleh bagi rating kepada pemandu dan sebaliknya untuk kumpul point-point reputasi korang untuk kegunaan sekarang dan hadapan.

Korang juga boleh singgah ke blog tripda untuk mengetahui betapa banyak kelebihan berkongsi kereta. Bayangkan, kalau ramai yang menyedari kelebihan ini pasti kurang pemanasan global dan bebas dari pencemaran udara serta bunyi hon kenderaan yang kekadang menyakitkan telinga. 
Kaki traval
Akan dapat rakan-rakan baru bila korang melancong menggunakan applikasi tripda kerana korang mungkin akan kongsi tip berjimat untuk shopping atau tukar pendapat bersama rakan baru atau sembang mengenai tempat menari yang korang tak tahu.

Ehem, begitulah ceritanya, tentang Tripda lepas tengok video ini pasti lebih jelas atau dah jelas lepas aku membebel dari first entry sampai last. Haa, kalau korang nak rasa perkhidmatan mesra alam ni kena daftar dulu.

Mobile app : available on iOS and Google Play
Instagram + twitter : @TripdaMY for both

6 comments:

  1. saya memang selalu travel... bagusnya ni... boleh membantu dan menambah apa yg kurang dalam travel kami ke mana2

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. boleh cuba tapi nak try yng pompuan la sebab untuk keselamatan

      Delete
  3. boleh cuba ni. thanks for sharing... :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.