Header Ads

taman tasik cempaka bangi

Assalamualaikum 

Nak jadi model itu bukannya bakat semula jadi aku, posing macam budak gedik-gedik tu boleh la. Bila tengok gambar kawan aku cantik mula rasa teringin nak macam tu. Tetiba mengidam yang teramat sangat nak amik gambar bersama photographer yang profesional, sekurang-kurangnya gambar aku nampak cun bila di edit walaupun hakikatnya wajah aku biasa je. 

Di Taman tasik cempaka, bangi dapat la aku bergambar ala-ala model buat kali kedua, pertama yang INI, itu dekat bandar baru bangi. Tema yang kali ini berbeza sikit iaitu tema wanita kampung. Jadi aku rembat mak punya kain batik, tapi korang jangan bagi tau mak aku sebab aku cakap nak pinjam lama-lama buat harta sendiri takut nanti dia buat spot check dekat almari atas kehilangan kain batiknya tapi takpe kakak aku ada bagi dia kain batik jadi dia takkan prasan aku tak letak balik dekat almari. 

Konon-konon kat hostel nanti nak blajar pakai kain batik nampak sikit wanita melayu terakhir padahal aku pakai kain batik kat hostel kekadang je bila mood nak jadi orang kampung baru aku pakai kain batik. 

Pernah juga bawak balik kain batik tu sebab tak sempat nak basuh dekat hostel dan mak ternampak dan dia kata " eh, dah lama mak tak nampak kain batik ni, macam mana boleh ada?".  Aku pun kelentong dan kata mak kan banyak kain batik mana la tau dekat bawah-bawah baju tertindih tapi mak aku seperti mengetahui ke mana hilangnya kain batik dia. 


Bila aku tengok gambar ni, dah macam makcik-makcik baru lepas balik menoreh getah pun ada, pakai kain batik pastu letak kain batik kat kepala. walaupun penat tapi aku seronok bergambar cuma pinggang lenguh sikit buat gaya cam gitu. 

Dah macam sorang makcik nak berehat sebentar lepas menoreh. Aku pernah juga belajar menoreh masa dekat Bagan Lalang susah nak toreh getah sebenarnya kalau tak ikut masa hasil dia sikit tapi kalau korang toreh pepagi buta saat orang lain tido dibuai mimpi, mungkin akan dapat banyak getah kata orang rezki murah kalau bangun pagi-pagi.



Selfie pakai kaca mata tanpa cermin, bila pakai cermin mata macam makcik tapi ada yang cakap cantik bila pakai lain sikit. Cantik tang mana pun aku tak tau. Tip selfie, kalau nak berselfie kena pelbagal cara baru nampak berbeza gambar tu dan unik. 



antara banyak-banyak gambar aku suka yang ni, sebab macam gaya model professional lepas ni boleh la berangan sekejap dan fremkan gambar ni ala-ala model bertuah yang menjadi rebutan photographer "taip sambil senyum sorang-sorang" . Nasib baik roommate tak prasan saat aku senyum tersipu malu tengok gambar sendiri.  



Walaupun ada orang kata aku ni nampak kemera akan posing hakikatnya aku akan tiba-tiba akan kekok nak posing bila photographer profesional yang ambil gambar, tak tau la tangan ni macam susah je nak gayakan siap dia tunjuk teknik nak posing baru okey sikit tangan tu. 

Pada asalnya cuaca terang benderang bila hari mula nak petang hujan turun dengan lebatnya walaupun penat aku tak puas lagi nak bergambar. Bila aku makeup nampak sikit wajah aku matang dikala umur aku yang semakin meningkat tapi hakikatnya kalau aku tak makeup umur aku akan makin muda seperti usia 15 tahun sebab tu aku tak berminat makeup tebal-tebal kalau keluar pakai pelembap bibir, celak dan krim je. 

Semakin aku dewasa semakin orang tidak percaya akan umurku 20an dan akan tamatkan zaman bujang "eceh-ceh, saja amik mood macam orang nak kawin"  sebenarnya tak tau lagi bila aku akan dipinang sebab my status is single. Jadi hanya Allah saja yang tau. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.