Header Ads

Karnival rakan muda 2014

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, sebelum itu aku nak ucap tahniah kepada rakan muda MMU cyberjaya yang bekerja keras untuk jalankan karnival ini. Gabungan ke tiga-tiga IPT ni memang memberi kesan kepada kami selaku tetamu yang datang ke MMU. Sebagai tetamu yang menjadi komuniti dan peserta, kami hanya membantu sedikit sumbangan tenaga supaya program ini lebih menarik dan berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit perubahan masa itu tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada kami sebagai komuniti dan peserta dari kolej universiti islam antarabangsa selangor (KUIS) dan Universiti putra Malaysia (UPM). 


okey, itu cuma intro sekarang nak cerita pengalaman aku jadi kominiti dekat MMU cyberjaya. Sebelum kami bergerak ke MMU ada sedikit kekeliruan di situ di mana aku keliru ini bas nak ke KPTM atau MMU?? tapi di sebabkan semua orang main redah je naik bas tu aku pun menonong ikut je macam lembu dicucuk hidung naik bas tu.  


Bila sampai ke distinasi aku pun turun, oh betul la aku naik bas tu rupanya aku tak silap bas. "Fuhhh, nasib baik" kalau tidak program di MMU berjalan tidak lancar sebab aku takde "bajet macam orang penting". Selepas  sampai kami pun dengar taklimat untuk ahli komuniti, setiap orang dibahagikan tempat. Aku jaga dekat check point, berdekatan cafe masa lalu dekat cafe tu bau menusuk hidung macam sedap je aku terasa bau makanan tu macam mengajak suruh aku makan tapi bila tengok rupanya belum buka. (tetiba hati hampa).



aku sampai ke check point ni dalam pukul 9 tapi tak ada sapa pun krik-krik je di sebabkan lama tunggu aku pun selfie untuk hilangkan bosan dengan muka kerut-kerut dah macam makcik-makcik. Okey, tapi muka aku tetap macam bebudak bila buat gaya ala-ala pelajar sekolah. Sebenarnya masa ni perut aku dah menyanyi-nyanyi..... pagi tu aku alas perut sikit je aku ingat dah lambat masa tu cafe pun belum buka. (taip cepat-cepat sebab nak pergi kelas rupanya kelas cancel).

aku ingat dua orang saja yang jaga check point rupanya ada lagi dua orang dari UPM, dari situ kami mula berkenalan. Sementara tunggu peserta sampai ke check point kami berkenalan dan beramah mesra, huhuhu.



kenalkan ini kawan baru kami dari UPM, nasib baik ada orang lain juga takde kelam kabut nak terangkan dekat peserta kalau tetiba ramai datang, sebelum peserta lain sampai kita wefie dulu. Walaupun antara kami berempat ni aku yang paling tua tapi dorang kata akulah yang paling muda hahaha "gelak jahat" jap, rasa malu pula dorang puji aku cam gitu. 15 minit lepastu makanan sampai alhamdulillah aku rasa macam dah lama tak makan lapar kot sampai perut ni sempat menyanyi.

kalau korang bijak bestari cuba teka berapa umur dorang ni semua?? ce teka-ce teka, berapa agak-agaknya. kawasan ini krik-krik je bosan sangat tunggu takde sapa sudi datang tapi bila satu kumpulan dah datang semua serbu sampai tak cukup mulut, kaki tangan nak cakap.



tempat ini orang lain yang jaga, dorang whatapp kolam renang.... syoknya dorang boleh main-main air dikala panas terik matahari atas kepala. Bila dorang pos gambar ni aku rasa macam nak terjun je masuk kolam renang ni. Okey, nasib baik gambar dan aku tak boleh masuk dalam gambar kalau tak...... aku pun akan main-main air sambil siram partner aku dan kocak-kocak air dekat situ.


Bestnya bebudak ni main air sambil berenang-renang dekat kolam sementara tu boleh curi-curi belajar berenang walaupun ada gaya ala-ala katak. Nak tau, sebenarnya aku ingat pesertanya pelajar IPT juga rupanya budak sekolah rendah pun ada. Terkezut tau, tetiba ada budak sekolah datang serbu check point kitorang. 


Masa peserta yang kecik-molek ni datang, tetiba kami teruja. Eh, ada juga ye peserta dari budak sekolah rendah tak tau pula. Bila ambil gambar dengan dorang rasa macam aku ni salah sorang dari peserta berdiri sama tinggi beza cuma aku pakai tag karnival je.

Eh, ada peserta tanya dekat mana fakulti management, aku jawab..... emmm, "dik, akak pun tak tau pertama kali jejak kaki dekat MMU kalau aku peserta aku pun sesat". Disebabkan ini treasure hunt dorang kena cari sendiri lagi pun kalau tanya aku pun tak dapat nak tolong. 


Semangat berpasukan, angkat-angkat jangan tak angakat kalau tidak kawan hampa jatuh. Okey, nak tau markahnya macam mana kami kira, Korang nampak tak budak laki yang kena angkat tu? atas tali tu kami kira dua markah bawah tali satu markah disebabkan memasing nak dua markah kenalah angkat tapi yang kecik-kecik je dorang angkat. Kuat juga dorang angkat, tak payah pergi gym angkat kawan sendiri pun dah macam pergi gym cuma beratnya kita tak tahu berapa kg.  



Gabungan tiga IPT, nampak ramai tak? ni belum cukup ramai lagi sebenarnya ada yag tak sabar nak balik jadi ada sebahagiannya dekat bas. jadi muka-muka ini je la yang ada. Okey, di sebabkan dari pagi aku jaga check point tak dapat nak amik gambar dengan Syanie dengan Fynn Jamal.

Selesai je photografi kami pun balik kampus bila dah sampai tetiba ada lagu bola untuk bagi semangat kepada pasukan bola sepak malaysia untuk memberi jaringan gol yang mantob bangun, bangun harimau bangun, jangan tidur lagi sebenarnya lagu ni di tujukan dekat malaysia tapikan macam ditujukan dekat kami sebab bila sampai je kolej masing-masing masih tidur apa lagi lagu semangat malaysia kedengaran di radio masing-masing terus bangun dan macam kejut orang lagu ni, bangun, bangun bas sudah sampai, jangan tidur lagi. 


Eh, tak sempat nak kejut dah bangun sendiri. Perlawanan Malaysia vs Thailand bakal beraksi, aku takde nak cakap bola banyak-banyak sebab aku ni tak brapa minat bola sangat, cuma tengok gitu-gitu ja.

6 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.