shushi
Assalamualaikum ♥
Masa hari ahad lepas kakak suka buat aku terliur, dia pegi crita pasal buat shushi dah la dapat rasa sikit jer. Bukan main rancak dia bercerita buat shushi apa lagi aku pun bodek dia jom buat shushi dekat pukul 9.30 malam pergi Giant risau jugak lambat takut tutup tak dapat buat shushi. Akhirnya sempat beli barang untuk buat shushi malam-malam buta.
Ni semua penangan cerita korea apa yang dorang masak semua nampak sedap dan nak cuba semua jenis masakan yang dorang masak walaupun aku ni bukan la orang dapur sangat. Lagi pun bila buat sendiri boleh dapat banyak berbanding beli dekat luar makan sensorang pun tak cukup. Walaupun pertama kali buat shushi ni menjadi juga rasa pun sama macam seorang chef profesional "ophhhsss terpuji diri sendiri" ^_^ huhu
bahan yang digunakan memang simple dan mudah untuk cari di pasaraya. Bila buat sendiri korang boleh ajak satu keluarga makan sama ia dapat eratkan silaturrahimkan best cam gitu berbanding makan sensorang pun tak cukup.

Bahan-bahan :-
kredit sini
- Beras short grain " beras ni kecik-kecik dan warnanya jernih" tapi kekadang aku panggil beras jepun gambar orang suma makan nasi
- rumpai laut/seaweed pastikan cari logo halal ya kalau nak beli
- mentega/buter/minyak masak
- minyak bijan
- sosej
- garam
- timun jepun/timun biasa
- lobak merah
- air
- telur
- bamboo mat atau bahasa lebih senang tikar bamboo kecil untuk di scroll.
Cara-cara :-
- masak nasi tiga pot seperti biasa tetapi lebihkan air dan masukkan sedikit garam
- sementara tunggu beras masak goreng telur dadar, dan sosej
- kupas kulit lobak merah
- selepas itu, potong memanjang timun jepun, lobak merah, telur dadar dan sosej.
- setelah nasi hampir masak masukkan minyak bijan sedikit untuk menaikkan aruma nasi tersebut.
- ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat keatasnya dan letak rumpai laut/seaweed ke atasnya.
- Seterusnya, setelah nasi masak letak nasi tersebut keatas rumpai laut dan ratakan nasi tersebut kalau nasi tu lembek senang sikit nak ratakan.
- kemudian, ambil timun jepun, telur dadar, lobak merah, serta sosej yang sudah di potong pastikan letak di hujung sekali supaya senang untuk di scrollkan
- Pastikan gulung perlahan-lahan sambil menekan supaya ia nampak mampat.
- Setelah selesai gulung ia akan kelihatan panjang dan potong mengikut setengah ibu jari atau ikut suka hati.
- bila dah siap boleh dihidangkan.
okey, korang dah tengokkan bahannya simplekan jadi jangan lupa esok dah boleh buat dan anda akan jadi chef profesional. Shushi ni tahan dua, tiga hari bila simpan dekat peti sejuk pastikan bekas tersebut tertutup sebab tu beras dia mahal berbanding beras Malaysia esok je dah basi nasinya.
selamat mencuba ^_^
Wahh memang best makan sushi..tapi ble buat homemade nape xrase mcm kt sushi king? Hehe
ReplyDeleteokeeee. terliur....
ReplyDeletetengah baca2 entri ni.
terbau2 shushi kat shusi kinggggg!
aiiiyaaaak!!!
huhu, bole makan puas-puas kalau buat sndiri
Deletewow sedapnya. dah lame dh tak makan sushi.
ReplyDelete