Header Ads

cameron highland

Assalamualaikum 

Sekarang ni musim cuti tak best la kalau cuti dok rumah jekan, sekurang-kurangnya jenjalan walaupun sekejap semenjak cuti semester ni aku adalah wanita suri rumah sepenuh masa bosan gak dok rumah je keje aku kat rumah masak, basuh baju dan kemas rumah tu je la keje aku hari-hari.


Alhamdulillah, ada jugak orang sudi ajak aku pegi jenjalan. Hilang sikit rasa bosan dan luas pemandangan tempat ni aku tak pernah jejak lagi kesian giler orang lain dah banyak kali pengalaman aku baru nak merasa dinginnya udara kat cameron yang semua orang dok kata best, apa yang menarik kat sana? 


Bila bermulanya perjalanan ke sana memang teruja habis ar kalau boleh tak nak tutup mata, nak tengok alam semula jadi dan hirup udara segar. Bila dah naik mula la kepala ni cam pening-pening lalat. Konon nak tengok jalan dan suasana sekeliling maklumlah pertama kali tapi loya pulak tekak pastu apa lagi keluarlah semua benda yang aku sarapan pagi tadi sarapan bukan main awal pukul 5 pagi dah macam nak sahur pulak, masa nak gerak ni aku tido umah sepupu bos mak dia rajin beno wat sarapan nasi ayam pulak tu kenyang habis ar perut aku masa tu tapi apekan daya ia keluar balik sebab aku loya dengan jalan yang pusing-pusing yang macam gasing. 


Kami sampai dekat homestay dalam pukul 9 lambat pulak sampai, lepas sampai rehat dalam 10 minit pastu terus pegi kebun strawberi, ohhhh warna strawberi takleh tahan merah dia mengancam bila tengok warna dia kalau boleh macam nak makan semua jer strawberinya. 


Sebenarnya dekat situ banyak kebun strawberi sampai korang tak tau nak pegi mana satu? Okey yang kami pegi tempatnya takde la besar sangat tempat dia ada jual pokok kaktus ada kaktus yang berwarna tau harganya RM6 jer memang cantik kaktus tu pertama kali tengok kaktus berwarna, ada warna merah, pink, dan oren kaktus yang biasa pun ada RM2.

Lepas pegi tengok strawberi makan strawberi pulak sedap makan strawberi coklat........ rasa coklat yang cair apabila di tekak lebih nikmat dengan udara dingin perhhh lagi nikmat. Destinasi seterusnya pergi Lavenda park tiket masuk Rm5 dan kanak-kanak Rm3, dulu masa tak tau pasal lavenda ni ingatkan tempat tu penuh dengan bunga yang  berwarna ungu, pastu tempat dia besar wah imeginasi aku memang terlebih bayang. 


Rupanya bila masuk bukan bunga warna ungu yang nampak dulu tapi warna kuning dan merah memang bendera selangor betul tau-tau jer aku ni anak negeri selangor. Pokok lavenda ada tapi takde la banyak cuma bagi aku ia lebih kepada taman bunga. 


Geramnya strawberi dia walaupun hanya sebuah gambar rasa cam nak makan jer warnanya merah dia cantik mengamcan gitu. huhu 


Cantikkan kaktus ni? Bila tengok macam bunga kaktus yang kat padang pasir kalau kat TV kaktus dalam dia ada air, kalau kaktus yang cam gini rasa-rasa ada air ke tak ye? 


Cer tengok bunga tu bila di tenung dah macam filem hindustan jer nasib baik tak boleh lalu situ kalau tak mesti ada orang berlari ala-ala crita hindustan. kalau korang nak beli bunga kat sini pun boleh masa sampai sini cuaca hujan kat dalam ni dia macam ada bumbung jadi bunga kat sini terselamat dari hujan lebat di luar sana huhu jadi jakun kejap ada bumbung kat lavenda park.


inilah sepupu saya, dia la yang ajak pegi cameron memang dah lama tingin nak jejak kaki ke cameron ni baru berpeluang datang sini.


Ni pun dekat lavenda park, betul tak aku cakap macam taman bunga... lavenda park ni penuh dengan bunga, dekat sini boleh petik sendiri satu tangkai Rm2


tempat seterusnya ialah ke ladang teh, luas gak tempat ni memang menarik pokok teh ni kita boleh tengok sendiri betapa besarnya ladang teh ni dan perlu di jaga dengan rapi kalau tak rugi besau woooo. 



Ni la homestay kami, memori yang sukar di lupakan kat rumah ni takde kipas tu pun dah sejuk, korang nak tau kat dalam rumah ni lebih sejuk berbanding dekat luar, homestay ni dekat tanah rata jadi kalau nak rasa suasana kat sini boleh la stay 2 hingga 3 hari. Kami banyak shopping dekat brinchang lebih murah nak beli strawberi pun dekat situ tapi dekat pasar dia lagi murah pukul 4 petang dah boleh mula shopping. 


sebelum balik singgah lata iskandar, air terjun dia cantik je turun aku pernah tengok gambar album perkahwinan pensyarah aku memang cantik, katanya dia amik gambar dekat sini. Masa dekat lata iskandar aku perhatikan 3 orang budak best jer tengk dorang mandi air terjun lebih-lebih lagi dorang pandai berenang macam-macam gaya berenang aku tengok. 

Dua hari lepas balik dari cameron ada berita masalah banjir lumpur dekat Cameron, kalau pergi minggu ni memang tak jadilah nak jenjalan sebab masalah bencana alam, dah lah jalan dia berliku pastu curam pulak tu memang bahaya kalau pergi dalam keadaan hujan. Allah akan memudahkan urusan hambanya kalau kita yakin dengannya.  


10 comments:

  1. Bestnyeee. Emi pun belum pernah pegi Cameron lagi. Nama je duk Malaysia. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kalau cuaca baik dan ada peluang insha'allah dapat la pegi

      Delete
  2. Salam singgah, tak apa kira ok lah tu. Saya tak pergi lagi. Ops... studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkunjung, tu la alhamdulillah selamat pergi dan balik

      Delete
  3. sy suka lata iskandar jugak. cuma kena ikut laluan tapah tu, rasa penat sikit banding jalan ikut simpang pulai sbb dia tak bengkang bengkok macam tapah.

    ReplyDelete
  4. strawberry tu Ya Allah merahnya sedapnya tengok gambar pun sedap wekekek

    ReplyDelete
  5. Suka pergi cameron highland tapi tak berkesempatan nak pergi selalu.

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik tempat2 yang dilawati. Rasanya dengan masalah banjir lumpur baru2 ni, ramai juga yang cancel percutian ke sana, terutamanya untuk musim cuti sekolah ni nanti. Maybe bila cuaca dah elok sikit, boleh ke sana lagi

    ReplyDelete
  7. Suka cameron highlands..sejuk, strawberi..hihi..yg homestay tmpt iuzira tggal ada no tel tak?mana tau pg sana lg, senang nak cari tmpt tggal semalam dua :)

    Klu ada masa, jalan2 ya kat www.keluargahebat.com :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.