Header Ads

pelancaran buku menunggu di pintu syurga

Assalamualaikum 

Untuk pertama kalinya joint program pelancaran buku, okey ni first time masuk nu sentral walaupun slalu balik naik KTM tak pernah pun jejak kaki ke nu sentral. Masuk je nu sentral dah macam shopping complek okey lepas ni tak payah nak pergi tempat jauh-jauh kalau nak shopping kat nu sentral pun boleh macam-macam ada. 

Ni kalau nak balik rumah pun senanag wehhhh, kalau yang duduk jauh-jauh nak pergi jenjalan dulu pun boleh pastu bila dah sampai masa nak balik terkedek-kedek lari dan tunggu depan platform tu la cara  hilangkan bosan tapi jangan terlepas train sudah la nanti ada orang terpakse beli tiket baru.


kisah ni menceritakan tentang seorang anak yang memberi banyak kejutan semasa hayatnya. Okey, masa majlis pelancaran buku Menunggu di pintu syurga rasa sedih bila Linda rafar cerita tentang anak dia yang nak jadi seorang hafiz tapi tak kesampaian sebab memen nak jadi tahfiz dia nak bawak 10 orang ahli keluarga masuk syurga tapi dia kira masih tak cukup. 

Bahruddin Bekri ni menulis buku tentang seorang ibu kehilangan anak untuk mengembalikan jiwanya. Penulis menulis buku ini adalah ingin membantu memen supaya ramai yang masuk syurga. Ia juga boleh dijadikan inspirasi semua orang untuk jadi yang terbaik. 

Buku ni nipis je setengah hari pun boleh abis banyak gambar kenangan memen semasa hidup di dunia yang zira tau sikap memen ni walaupun dia sakit memen seorang yang ceria dan pandai memujuk orang di sekelilingnya. 

Buku menunggu di pintu syurga ni pun boleh bagi dekat mereka yang beradi di pusat pemuliharaan, kes-kes buang bayi, dan bunuh anak untuk memberitahu betapa pentingnya anak di dunia. Jika kita tiada di dunia doa seorang anak boleh membantu kita masuk syurga.

Sayangilah anak kita semampu kita,
kerana kita tidak tahu,
siapa yang akan pergi dulu,
kita atau mereka. 

kata-kata tersebut pun sudah membuatkan hati kita tersentuh, benda yang paling sedih ialah kehilangan orang tersayang. Janji tuhan itu pasti, dunia ini adalah sementara kita pasti akan kembali padanya dan menuju ke syurga. 

1 comment:

  1. Selalu tengok ig linda rafar ni. Arwah memen tu memang dirindu semua ahli keluarga mereka. Tersentuh hati bila tengok video arwah menyanyi ketika terlantar di hospital..tetap tenang walau sedang diuji. Itulah ahli syurga. Allahuakbar!

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.