Header Ads

Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur

Assalamualaikum 

Apa khabar semua? memang dah lama nak joint contest ni tapi ni baru sempat nak buat, ni pun nak update entry pun takde masa nak buat. Pernah dengar satu berita baik untuk blogger? yang belum tau ni nak habaq sat, ada satu trip ke Medan, Indonesia bersama-sama Majalah LIBUR dan segala perbelanjaan Penerbangan KL - Medan - KL, Penginapan, Makan Minum ditaja sepenuhnya. 


Wahh, best tak dengar? dah macam mam besar cuma bawak diri jer, Eh jangan lupa pasport kalau tak ada pasport tak boleh pergi trip ke Medan. Sayang lor dah menang tak dapat pergi trip.

Ingat lagi masa pergi indon dulu, nak pergi tandas tanya orang kat sana " kak, tandas kat mana ye?'' , akak tu blur jap, tandas tu apa? dia tanya aku balik. dalam hati aku pun cakap tandas pun tak tau. Aku lupa pulak ni bukan dekat Malaysia. 


Pastu, aku tanya toilet dekat mana? dia tunjuk sebelah sana, aku pergilah cari, tapi tak jumpa. Nak tanya akak tu lagi dia dah hilang, malas nak layan aku kot tak pun dia tak paham aku cakap, yang aku cakap bahasa Malaysia tu buat apa. Bila akak tu takde baru teringat tandas bahasa indonesia kamar mandi kan, betul tak?

Korang nak tau ke kenapaperlu baca Majalah Libur? Banyak info terkini yang menarik antaranya :




Acara Menarik Lagi Sekitar Julai Sehingga Disember 2014

kepada mereka yang suka shopping, memang wajiblah dapatkan majalah ni sebab tak payah nak servay tempat mana yang murah, kat mana yang menarik untuk di kunjungi dan kat mana restorant yang sedap semua dah ada dekat majalah libur

Terasa macam majalah di hujung tangan, memang best kalau dapat pergi semua tempat percutian yang ada dekat majalah Libur ni setahun berjalan belum tentu cukup ada jer tempat yang menarik untuk dikongsikan di majalah Libur.

Kalau melancong negara bukan islam, kena cari betul-betul makanan halal bukan senang nak cari tau sebab sendiri pernah alami, kena berlapar sementara demi mencari makanan halal. Kalau dengar negara ni mesti semua orang suka negara tersebut iaitu Korea. 

Ni adalah cover majalah Libur yang terkini iaitu Aksi Nelayan Purba Guilin

Siapa suka pergi Korea kenyit mata sikit (^_^). Ni 10 tempat makanan halal kat korea dekat majalah libur Dubai Restaurant, Usmania International Restaurant, Arabian Restaurant, Taj Palace, Wazwan, Salam, Bindya, Arabesque, Samarkand, Shabana. Ha, banyak tak? kalau nak tau apa yang istimewanya restorant tersebut boleh baca sini. Semua jenis makanan ada, selain makanan melayu makanan turki, india dan arab pun ada.

Macam-macam ada dekat majalah libur, bukan tempat menarikyang ada dekat luar negara  jer dalam negara pun ada. Jadi memang tak rugilah la kau beli majalah Libur ni, yang tak cukup budget nak pergi melancong tu sekurang-kurangnya anda tau apa yang ada dekat Malaysia ni. Boleh lah anda promot dekat kawan-kawan yang nak pergi bercuti.

Jarang kita jumpa nelayan yang berpakaian beginikan, dengan pengangkutan yang di buat sendiri untuk mencari ikan. Pakcik tu nampak cekal cari rezki walaupun usianya makin tua. Okey, kepada mereka yang nak joint kontest ni, anda perlu bertindak segera klik sini untuk koint kontest tersebut sebab tamat pada  Ahad, 12.00 Tengahari, 07 September 2014. Trip To Medan : Lake Toba Festival 2014 pada 15 September 2014 - 19 September 2014.

2 comments:

  1. Join gak ek contest ini, all da best :)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. huhu, saya cume sokong jer bro lagi pun tarikh tu sy tak dapat pegi
    tahniah bro terpilih pegi medan

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.