Header Ads

aktiviti gelandangan dan anak angkat

Assalamualaikum 

kami telah adakan aktiviti pada 4 dan 5 julai bermula 11 malam hingga 11 malam keesokannya. Mula-mula aktiviti gelandangan lepastu baru aktiviti ke rumah orang tua, masa aktiviti gelandangan kitorang bahagikan kumpulan agak ramai jugak la dalam satu kumpulan tu jadi yang lain cume ikut dan lihat suasana orang gelandangan yang berada di tepi-tepi bangunan. 

Kalau korang nak tau zira tukang memerhati peserta bagi makanan kat gelandangan maklumlah tengah gila kuasa jap. Sebagai bukti nak buat report untuk program ni dan sorang lagi ajk amik gambar gelandangan takut jugak la sebenarnya.


Masa nak amik gambar orang gelandangan tu takut tiba-tiba dia terjaga dan jenis yang ganas maunya kami berdua mencecet lari lintang pukang tinggalkan kumpulan sebab tu amik langkah berjaga-jaga masa ambil gambar takde flash sebab tu gambar kabur je dah macam orang di kehendaki ada gambar muka tara nampak maklumlah camera biasa ja pakai.

masa ni hujan jadi tak ramai gelandangan yang ada, kami jumpa dalam 20-30 orang je yang ada sampai kami bagi guard dan orang ramai yang ada bagi mengelakkan pembaziran makanan. Sian juga ada yang dapat makanan je air sudah habis. Bila kami abis pusing sogo, masa untuk kembali ke bas.

Apa lagi bila sudah sampai bas giliran kami untuk bersahur perut sudah berbunyi minta di isi. Sementara tunggu kumpulan lain sampai kami makan dulu nak tunggu semua ada tak tau sampai bila dorang sampai karang ada jugak perut dendangkan bunyi yang tak patut orang lain dengar. Selepas semua orang berkumpul, aktiviti seterusnya ke rumah orang tua seri kenangan, Cheras. Kami sampai sana subuh dan solat berjemaah.


berkumpul dan bahagikan kumpulan sebelum bagi makanan dekat gelandangan

makanan mula di agihkan

 Sempat pulak amik gambar beramai-ramai bersama peserta.

 Ni adalah salah sorang gelandangan yang sedang tidur, letak makanan tu senyam-senyap takut dia terjaga.

masa untuk kami pulak makan....


Aktiviti bersama orang tua tak terlalu padat sebab taklah dorang terlalu penat, kebanyakkannya mereka sporting memang best borak dengan dorang orang tua ada jugak karenah dorang kena ingatkan jugak suruh puasa kadang dorang tak tahan nak puasa.


kat sana dorang ada yang okey bab agama ada yang tak, yang kurang bab agama kami cuba ajar dorang apa yang patut. Zira kagum gak dorang ada yang hafal surah al-Baqarah. Tempat kat sana memang selesa, dah macam duk hotel bagi tetamu yang hadir untuk buat aktiviti dorang ada sediakan tempat.

 Yang sproting kita layan yang wat hal sendiri biarkan karang tak pasal-pasal kena marah. Kalau nak borang pun jangan benda yang sensetive. Nak crita satu benda lagi masa kat sana ada sorang makcik tu tengok aku ngan aina dok kira bilik pastu makcik tu tegur capak bahasa nogori.


Nasib baik paham dia tanya kenapa tunjuk-tunjuk tak angin? aku pun pelik, padahal aina kira bilik ada brapa bilik tiap satu rumah tu. pastu makcik tu tanya lagi aina dah cabut lari sabo je la dia tinggal aku sorang-sorang ngan makcik tu dia cakap nogori lagi pastu aku pun cakap kat makcik tu ada kerja sikit nak buat, jadi aku pun cepat-cepat cabut.

Masa aku cabut ada dua orang dak laki kat blakang aku makcik tu terus tanya dak laki tu yang aku dengar dia tanya napa ramai orang datang sini? tapi tak tau la dorang jawab apa time tu aku dah cabut.

Tu la kalau sporting sangat tak terlayan tau.... tapi dorang banyak kongsi pengalaman best jugak la dengar pengalaman dorang. Katanya kalau free datang la lagi, kena order bas la cam tu sebab datang pun naik bas kalau pegi sendiri sesat.



Makcik ni memang kretive dia wat macam-macam supaya sesuatu benda tu jadi cantik

semua bekas nia makcik tu yang buat, kretivekan?

Tengok biliknya kemas je pink colour pulak tu.

Masa untuk bergambar

Pakcik ni pun sporting, dia suka join aktiviti yang kitorang buat, Abu tengah calitkan warna kat pakcik tu. Nampak semangat jer pakcik tu nak cop tangan dia.

Tau tak ni kat mane? masa ni on the way pegi bilik bukan lobi hotel tau

Kat sini memang campur ada yang muslim ada yang non muslim. Ingat lagi ada sorang warga tua ni orang cina dia ajak warga tua melayu ni makan petang tapi dia taknak sebab puasa lalu dia pukul tangan makcik tu dia bila dengan makcik tu crita bekas tak tangan dia ada lagi makcik tu ada tunjuk, mungkin warga cina tu tak tau makcik tu puasa Tapi bagus makcik tu tetap puasa walaupun kena pukul.

Semua kenangan hanya dapat rasa sekali seumur hidup jadi hargainya dengan baik. huhu, dah raya baru sempat crita. Kat korang semua.

5 comments:

  1. Alhamdulillah...ad program yg mcm nie dibuat... btw, kreatifnya makcik tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a.... makcik tu pun jual skali kalau nak beli kat die pun bole
      kalau student dia bagi murah sikit

      Delete
  2. assalam...bole sya dapatkn 1 nom utk hubungi.sya nk brtanya brkenaan dgn progrm gelandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik boleh pm saya di facebook https://www.facebook.com/ms.hazirah

      Delete
  3. assalam...bole sya dapatkn 1 nom utk hubungi.sya nk brtanya brkenaan dgn progrm gelandangan

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.