Header Ads

balik kampung raya haji.

Assalamualaikum 
Cam biasa la bila raya haji atau aidilfitri sume orang balik kampung, bila sampai kampung takde perubahan cuma ada penambahan emmm, tu perubahan gak kan? confius, tapi benda yang paling akan kami sekeluarga cari adalah makanan hehe, tak abis-abis dengan makan. Mak ada cakap nenek tahun ni raya aji tak buat ketupat tapi buat lemper. Zira penah makan benda ni tapi dah tak ingat cam mana la bentuknya, bujur ke, bulat ke, petak ke? bila sampai kampung upanya camni bentuknya, baru ingat.
tu la cume tau makanan biasa je, yang luar biasa jarang buat jadi tak tau..... selalu orang buat ketupat, nasi impit, lemang, ketupat palas..... time raya aji mak buat lontong nenek buat lemper. Makcik zira nak makan lemper, die pun lupa namanya siap cakap mana yang nenek buat, alaaaa yang balut-balut tu hehehe, lawak pulak bila dengar nama baru balut-balut.
Ni la lemper dan lontong, sapa penah tengok + makan?? rasa die lebih kurang ketupat palas ada kelapa cume bentuk die lain. kalau makan dengan rendang memang sodapppp, masak rendang ayam hutan, kecik je ayam tu "adik zira tanya ni ayam apa napa kecik dah macam masak anak ayam" hobi die tangkap "pikat" ayam hutan bole pulak tanya.
Model lemper, model la sangat..... takde gaya pun sebab amik gambar sendiri. 
 Buah yang tak pernahku lihat selama ni, katanya buah ni bila masak rasa dia masam kata orang jawa "kecut". Teruja tengok pokok ni, kalau la ni buah anggur memang duduk sambil makan buah anggur berangan tak sudah. dulu tengok tempat duduk ni takde apa pun balik raya aji tetiba wujud buah pelik ni, kakak zira teke ni terung tapi setahu zira terung bukan tumbuh kat atas tanah ke?
dah besar anak sedara kembar zira
musim rambutan, jadi mula memetik buah rambutan yang mengancam warnanya merah. Ni petua yang zira baru tau, kalau pokok rambutan biasanya ada kerenggakan petua untuk kerengga tak kacau atau gigit kita "aku busuk kau wangi" sapa penah dengar petua ni? masa dengar tu memang gelak abis tau pulak kerengga tu tak suka benda busuk kita pulak yang terpaksa ngaku diri kita busuk hehehe, tapi masa tu adik zira terosakan sarang kerengga jadi makin ngamuk la sang kerengga-kerengga tu.

terima kasih sudi baca (^_^)

12 comments:

  1. Wah, best nyer duduk kat pondok tu. hijau jer....suka duduk kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best.... tak panas walaupun takde bumbung

      Delete
  2. ceria je kan ....
    http://aqil-ziyad.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tenang kat kampung mood happy (^_^)

      Delete
  3. rasanya tu buah markisar ..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..
    http://updatenew5.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..
    http://updatenew5.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  6. best beraya di kampung kan..btw,first time dengar lemper tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni orang jawa panggil lemper kalau negeri lain xtau la

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.