bajet 2014
Assalamualaikum ♥
Pembentangkan Bajet 2014 sentiasa dinanti rakyat Malaysia untuk mengetahui pelbagai habuan dan insentif terutamanya kakitangan awam dan rakyat berpendapatan rendah. Setelah kita dengar harga minyak naik, terasa ia membebankan rakyat yang berpendapatan rendah sebab mereka yang kurang mampu sangat sukar mencari duit walaupun 20 sen ia perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasil.
harga barang
Jika harga barang naik, rakyat miskin pasti akan kais pagi makan pagi kais petang makan petang kerana duit yang mereka dapat tidak mencukupi dan wang tersebut akan digunakan untuk keperluan lain.
pendidikan
Kos pendidikan yang semakin meningkat memerlukan belanjawan yang banyak, harapan saya sediakan bantuan pendidikan kepada pelajar yang kurang mampu supaya mereka berpeluang sambung pelajaran mencari ilmu dan capai cita-cita masing-masing. Disamping itu dapat mengubah kehidupan yang lebih baik serta menjadi rakyat yang berguna demi negara.
kesihatan
Saya lihat cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan tahap kesihatan terjejas seperti paru-paru berkuman dan penyakit kulit, Jika ramai yang kurang menjaga kesihatan maka hospital akan penuh. Harapan saya kita harus saling mengingati pentingnya menjaga kesihatan lebih awal dan kemudahan hospital juga perlulah dipertingkatkan.
harap2 ada kebaikan bersama dalam bajet 2014 ni...
ReplyDeleteamin...
DeleteWah..kucing pun fikir bab baget?? Hihihi..
ReplyDeletehehe, kucing pun takut tuan die xbagi mkn sebab harga naik... tu yang kena pikir gak
Delete