Ribut
Assalamualaikum ♥
Ribut-ribut, takkan kita nak halang ketentuan Allah kalau
benda tu nak jadi ia tetap jadi. Ingat lagi masa open house umah pakci hati ni
penuh gembira dapat makan sate kegemaran. Emmm, sedap sate di cicah dengan
sambal kacang.
Banyak jugak juadah yang ada, laksa, dadih, ayam tempayan,
buah kuaini, lengkong kalu cite pasal makanan memang tak abis. Tiba-tiba ujan rintik-rintik cuba membasahi bumi tapi
bila tengok angin kuat tambah dengan ribut masing-masing ketakutan masuk umah.
Kemah yang penuh dengan juadah cepat-cepat kitorang alihkan pastu turunkan
sikit kemah, hehe tapi bukan zira yang turunkan la dak laki..... kalau zira yang
turunkan mesti uall tak pecayakan (^_^)
Ada satu pokok kelapa memang uzur pokok tu tinggi buah
kelapa pun cam nak jauh risau jugak, bukan risau buah kelapa tu jatuh tapi risau buah
kelapa tu jatuh atas kereta…… eh eh dah
cam pokok kelapa menari kejap kiri kejap kanan.
Lepas je ribut benti mula ronda kampung, naik kete lalu jalan situ
tak bole lalu jalan sini tak bole banyak pokok tumpang, rumah terhempab pokok,
bumbung tercabut, ada dahan pokok yang terbelah dua macam-macam berlaku. Bila
zira balik dari meronda kampung “eh ada open house lagi” hehe pakcik dah betolkan kemah daripada
membazir makanan lebih baik sambung open housekan.
tak dapat makan buah mata kucing, sayangnyaaaa dah la buah ni nak masak sekarang pokok ni dah mati T_T
Post a Comment