Header Ads

Kenapa aku tiba-tiba berasa sedih?

Assalamualaikum 

Aku bermimpi, aku lihat seorang lelaki membonceng seorang perempuan dengan menaiki motosikal. perempuan tersebut memakai baju kurung dan auratnya terdedah, dari kaki sampai bertis. Bila ada orang pandang bertisnya, warnanya bertisnya bertukar menjadi gelap dan bila ramai yang memandang bertisnya, ia semakin gelap.
 Ini adalah amaran Allah kepada aku sebagai tanda kasih sayang pada hambanya. Setiap aurat yang laki nampak disitulah tempat yang akan dibakar oleh api neraka. Semoga wanita-wanita yang berada di bumi Allah mendapat hidayah. “amin”
Mimpi yang sukar lupakan, tibe-tibe terjaga dan nak nangis pun ada teringat orang sekililing zira yang belum tutup aurat.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur Ayat 31)

Peristiwa Mi’raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang .
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


8 comments:

  1. "Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - www.myvitrd.com"

    ReplyDelete
  2. peringatan yang baik ... selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...
      selamat menyambut ramadhan

      Delete
  3. erm..segerakkan menutup aurat..biar yg boleh je melihat nya

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah , smoga Allah bgi petnjuk pada mereka yg msih belum sedar ttg menutup aurat. Nice sharing sis =)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.