Segmen Wedding doodle Mij
Assalamualaikum ♥
5 perkara yang menarik dalam majlis perkahwinan yang anda pernah pergi
merahitujambu mesra alam tak?
pendapat saya:warna merah memberi semangat kepada setiap orang, dan ia menunjukkan sikap seseorang ada juga yang mengatakan merah muda menggambarkan alam percintaan. pertama perkara yang paling menarik jumpa kawan lama... dekat sana la segala benda nak cerita. bertanya khabar, tengok perubahan rakan masing-masing. Bila jumpa benda pertama dorang pasti akan cakap kau bila lagi?? hadoiii, tu yang susah nak jawab tapi kalau nak tau gak kena tunggu kad jemputan.
ha... yang ni pun zira suka time majlis perkahwinan, dorang akan bagi barang hantaran... yang ni kakak zira yang gubah. Sebenarnya ni tuala je.... zira suka tengok gubahan yang kreative.
pelamin ni pun kakak zira yang buat.... bila la nak jadi raja sehari?? em... sehari je bole jadi raja. Walaupun pelamin ni nampak simple, hiasan bunga menjadikan pelamn ni nampak ceria di hari perkahwinan.
ambil gambar dengan pengantin.... bergambar dengan BFF, wah tu yang syok
makan free pada majlis perkahwinan, tu yang semua orang suka kan kan kan (^_^). tapi time ni zira dah abis makan... tu yang dok tengok fon, sepupu zira yang tak abis-abis makan. Kalau ada ayam masak merah time kenduri kahwin memang zira suka dok ratah ayam.... tu la kejenya.... em, nyamy. Hidangan pengantin lagi special, macam-macam ada udang, nasi minyak, bebola, sotong, ikan 3 rasa.... ish2, tak adil ni pengantin je dapat.
gotong-royong, ha... sapa yang dok kampung kadang-kadang dorang buat gotong-royong. Orang kampung biasa la. lama tak nampak time majlis perkhawinan jugak baru nampak muka, yang ni versi kanak-kanak yang gotong-royong basuh cawan. Tempat sapa ada buat gotong-royong versi kanak-kanak?? lepas dorang basuh, dok mintak upah makan durian....
basuh belom habis lagi nak makan durian, *katanya rehat makan durian dulu*. tu la namanya semangat gotong-royong versi kanak-kanak.
Rasanya, ni je pengalaman menarik dalam majlis perkahwinan yang pernah zira alami (^_^)
nak join? klik sini
tarikh tamat : 6 june 2013
terima kasih join dear..nnt awak dpt la idear dr rakan2 join untuk raja sehari awak akan dtg nnt.. =)
ReplyDeleteterima kasih share..menarik sgt
haha, welcome
Deletegud luck. :)
ReplyDeletetq (^_^)
Delete