tenangkan diri anda
Assalamualaikum ♥
salam jumaat semua.... tekanan emosi membuatkan kita stress, jika kita stress apakan yang perlu kita lakukan? salah satu cara ialah kita perlu berdoa dan tenangkan diri. Stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah
ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan
diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun
motivasi individu itu sendiri.
Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan
taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai
matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa
tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri
secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.
Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri
kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik.
Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menjadi hilang
pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal
menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik
seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Jadi stress ada kebaikan juga tapi jangan terlalu perpanjangan kerana ia akan memudaratkan kesihatan.
sumber dari fuadhashim
satu perkongsian yang bagus :)
ReplyDeletethanks :)
Deletethanks for sharing doa tu.....
ReplyDeletewelcome Remy hazza :)
Delete