Kelebihan Surah Al Kahfi
Assalamualaikum
Salam Jumaat, ramai yang mengamalkan surah Yassin pada
malam Jumaat tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa surah
Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat/fadhilat yang sangat baik dikhususkan
untuk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga
ke Solat Jumaat).
Kelebihan Surah Al Kahfi
Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa
membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada
kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka
jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
Barangsiapa yang membacanya pada hari Jumaat, Allah
akan mengampuni dosanya sampai Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari,
diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah
Dajjal.”
Rasulullah
saw bersabda:“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat dari surat
Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” surah Surah Al Kahfi juga dapat menghindarkan diri dari fitnah.
selamat beramal (^_^)
Post a Comment