Header Ads

reunion at pengkalan batu

Nuffnang AdsAssalamualaikum ♥         

nak ke tak nak, nak ke tak nak....tapi teringin sangat-sangat nak jumpa kawan skola, maby dah lama tak jumpa ada la dekat 4 tahun lama tuuuuu, rindu yang teramat sangat susah nak jumpa dorang. Ye la, masing-masing dah ada tanggung jawab mesti la busykan.

zira pikir nak buat macam pegi piknik (piknik la sangat) tapi, nak masak apa ye? (pikir sebentar) zira ada gak soh kakak zira bagi cadangan, emmmm... sume tu memerlukan masa yang panjang untuk siapkan. kalau zira buat sorang mesti petang baru siap, janji lepas zuhur. aduhai, camne nak siapkan dalam masa yang singkat.

sebelum nak buat reunion kena tau budget bape orang datang kalau terlebih membazir kalau kurang pun susah gak. bila masing-masing dah setuju nak datang zira buat list nak beli barang.


bila dah lama tak jumpa kawan-kawan skola kau akan exsited nak tegur dan tanya khabar dorang

"salam ayu, mana ko dapat nombor aku?" *sambil tengok fon*
         
"aku simpan la nombor korang dari form 5, tu yang aku cuba contact kau mina.. mana la tau dapat"

"fuyooo, kalau aku nombor korang entah ke mana aku pun tak tau.
 bagus la kau ni ayu"

"er....aku biasa je la nis."

faham tak perasaan orang, bila kita ingat dia walaupun dah lama tak jumpa dan lama tak contact? * mesti happy*


"ayu, kau yang bawak ke sume ni?"

"ye la, korangkan dah bayar.... aku masak la sikit untuk korang"  
mina potongkan yong tau fu tu"

"mina aku tengok kau dah macam orang nak jual young tau fu" *senyum* 

"ram, kau tengok je mina potong... 

"haha, takpe aku bagi sokongan kat mina, aku nak tolong camne? gunting pun takde.

"kalau aku, tak telaten." 

"ala... yang simple-simple bole la anis, ni pun ada orang tolong."

"yang lain baru sampai"


"dalam hati"  
 *jangan la korang puji lebih-lebih nanti bangga tambah kembang plak idung aku, mesti la simpan nombor korang sebab akukan sayang korang sume*

zira buat ni pun ada yang tolong, dari malam sampai tengahhari. Lepas zuhor terus gerak pergi pengkalan batu, letih sangat rehat pun sekejap je. Pengkalan batu, teringat time balik skola..... bila nak balik dari sekolah je mesti lalu pengkalan batu dan singgah mcdonald beli ais-crem. nyamy2 (^_^)  *makan tak ingat dunia*

zira pergi reunion siap bawak assistant *anak buah zira firdany dan hakimi*



sesi bermesra bersama kawan-kawan yang udah lama tak jumpa


 adik ni, mulut penuh pun sibuk soh amik gambar


jemput makan semua


wahhh, kawanku zinnirah makin cantik :) muahhh, dah terasa cam pakai kain skola je.


sesi bungkus makanan, dah macam nak bagi customer je.


cepat bungkus nanti tak boleh balik.....


sediaaaa, klik :)

zira bila dah teringin, zira akan cuba usahakan. Alhamdulillah dengan jayanya reunion telah berjaya dan berjalan lancar dengan kehadiran rakan-rakan..... berjumpa di pengkalan batu bersebelahan landasan KTM. Selepas abis reunion ni, zira collect duit kat dorang, mula dorang cakap.... cepat sediakan duit along dah mari, tak habis-habis mintak duit dari skola lagi....

Bukan senang nak simpan duit orang, kene jadi seorang yang amanah. kalau kita tengok duit banyak mata pun jadi rambang (banyaknya duit) kat atas kepala duit cam pusing-pusing. Lepas ni, kalau kita diamanahkan sesuatu mesti lakukannya dengan niat ni adalah satu tanggungjawab dan laksanakan dengan sebaikknya dan jangan guna duit orang untuk keperluan sendiri. anda bole la like fanpage zira facebook.


terima kasih sudi baca (^_^)

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.