recipe yong tau fu
Assalamualaikum ♥
di sebabkan time ruenion makan yong tau fu, ada suara-suara nak recipe kuah yong tau fu, Yong tau fu jugak antara favorite zira ^_^ bila time pasar je kekadang abah zira akan beli, mula la kami sekeluarga makan berjemaah. (cam orang dulu-dulu makan kat dulang selera pun lain bila makan ramai-ramai)
Sebenarnya kuah yong tau fu tu bukan zira yang buat hehe zira makan je, ni adalah recipe daripada kak amy, rasa kuah yong tau fu ni lain daripada yang lain sebab tu rasanya sedap. *muah mables*
yesss, dapat buat yong tau fu sendiri pas ni leh makan puas-puas sampai tak lalu nak makan *ayat cam sedap je buat yong tau fu tu*
Bahan-bahan
2 ketul gula melaka
1/2 belacan
3 peket taucu
cili kering
kicap pekat (hitam)
tepung jagung
Cara-cara
rebus gula melaka, tapiskan dan ambil airnya
bakar belacan
belender taucu tambah sedikit air
goreng cili kering bersama sedikit minyak dan belender kering cili tersebut
campurkan semua bahan tersebut sehingga masak tambah sedikit air
bancuh sedikit tepung jagung supaya kelihatan pekat.
sedap pulak tengok yong tau fu ni, rasa nak makan lagi je.... samosa ni pun sedapppp
kuah yong tau fu siap....
Sebenarnya ia sangat senang dan sedap. Buat sendiri lagi jimat dan boleh dapat banyak bila dah siap bole la korang makan banyak-banyak ^_^ Thanks to kak amy. Kalau nak sedap lagi tambah kacang tanah yang telah digoreng dan belender untuk rasa yang berlainan.
slamat mencuba, sekali cuba mesti nak buat lagi. sila la add facebook denaihati untuk mempromosi blog anda dan like DI SINI
terima kasih sudi baca :)
Fuhhh. Menggoda betul gambar2 ni. Tau fu memang fav~
ReplyDelete(^^,)Nabeel Fikree sama la kita.
ReplyDelete