Header Ads

amalan yang mudah dapat pahala

Assalamualaikum

jom  kita tingkatkan pahala....Nuffnang Ads


1. Silaturrahim
“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaknya menyambung (tali) silaturrahimnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Berakhlak mulia 
 “Silaturahmi, berbudi mulia, dan ramah pada tetangga (dapat) mendirikan kabilah dan menambah umur.” (HR. Ahmad dan al-Baihaqi).
  
3. Solat berjama’ah bersama imam
“Solat berjamaah itu lebih baik dari pada solat sendiri dengan dua puluh tujuh darjat.” (HR. al-Bukhori dan Muslim).

4. Berhias dengan beberapa adab pada hari Jumaat
“Barangsiapa mandi (janabat) pada hari Jumaat, kemudian berangkat di awal waktu, mendapatkan khutbah pertama, berjalan kaki tidak naik kendaraan, mendekati imam, mendengarkan khutbah dan tidak berbicara, maka baginya setiap langkahnya adalah (bagaikan) amalan setahun dari pahala puasa dan solat (tarawih)nya.” (HR. Ahlus Sunan).

5. Solat dhuha
Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanyanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat.


6. melaksanakan solat lima waktu di masjid 
 “Barangsiapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk solat fardhu, maka pahalanya seperti pahala haji.” (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh al-Albani rahimahullah).

7. Hendaklah berada di shof yang pertama
 berdasarkan ucapan ’Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam memintakan ampunan (kepada Alloh) bagi orang yang berada di shof yang pertama ”tiga kali”, dan shof yang kedua ”satu kali”. (HR. An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

8. Puasa Ramadhon dan enam hari di bulan Syawwal 
 “Barang siapa puasa Ramadhon kemudian diikuti enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seperti puasa setahun.” (HR. Muslim).

9. Memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang-orang yang berpuasa
seperti pahala tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

10. Berzikir yang pahalanya berlipat ganda
 Dari Abu Said Al Khudri ra katanya : Nabi saw bersabda : Di hari kiamat kelak Allah berfirman : Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,siapakah mereka? Sabda beliau : Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid (Riwayat Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? majlis zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

11. Istighfar yang berlipat ganda, 
Allah akan menulis baginya dari setiap orang mukmin maupun mukminah sebagai satu kebajikan.” (HR. Ath-Thobroni dan dishohihkan oleh al-Albani rahimahullah)

 
ini adalah antara amalan-amalan yang mudah untuk kita lakukan, dan ada banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan untuk mendapat pahala.

renung-renungkanlah dan selamat beramal (^_^)

2 comments:

  1. nice piece of sharing dear and thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. welcome, sama2 kita tingkatkan pahala

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.