Header Ads

Kursus SPA

Nuffnang AdsAssalamualaikum

time tanam anggur kat umah (menganggur) join je la apa-apa program pun, masa zira masuk kursus ni baru pas abis blajar bosan sangat-sangat dok umah makan tido, makan tido, kawan zira kata dah cam ular hidop tu la kerje seorang penganggur, masa zira masuk kursus ni mak zira tak bagi katanya banyak lagi keje kat umah nak buat tak yah pegi nanti sape nak masak, basuh baju, kemas rumah? hehe, takpe semua benda tu dah biasa buat, kalau duduk umah je mesti la bosan nak jugak join aktiviti yang ada, cari pengalaman + ilmu.

mula-mula masuk tak kenal sapa-sapa bila start sesi perkenalan dorang memang sporting enjoy sangat pegi kursus ni sume pelbagai umor dan kerjaya, jumpa consultant yang comel, sporting lagi berpengalaman. kursus ni selama 4 hari, bukan 4 hari 3 malam tau kalau nak bermalam kene la dekat umah. hehehe



barang-barang asas yang diperlukan oleh sebuah spa



dengan penuh semangat kak rohaida menerangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk persediaan mandi bunga tradisional antaranya bunga dengan bilangan ganjil sama ada 5,7 atau 9 jenis, limau purut untuk tujuan mengeluarkan aura dalam badan, sintuk ia boleh mengeluarkan buih yang di ajar oleh cikgu fieza dan cikgu ida daripada spa qeez beauty heaven.


yang ni tentang penyediaan sauna kebaikan sauna melancarkan perjalanan darah, merawat keputihan, buang toxic dan dapat buang angin dalam badan. Kepada bakal pengantin digalakkan buat rawatan spa sebab ia menghaluskan kulit, sauna menggunakan rempah semula jadi seperti daun serai wangi, halia, kunyit, dan daun pandan terasa macam bahan masakan plak.



ni la cikgu-cikgu yang mengajar kami facial, mandian, urutan aromateraphy dan makeup yang kat belakang tu peserta bukan cikgu tau, peserta dari kalangan doktor.


    peserta menunggu kehadiran cikgu


        
             muke peserta yang tak sabar-sabar nak belajar makeup.



yang ni zira dengan sepupu zira sebelom mula kursus kitaorang amik la kesempatan berposing, lame sangat nak tunggu peserta lain, tapi tak dapat amik gambar banyak kemera wat hal beteri abis la plak, kalau tak mesti cemera tu panas penuh gambar kami bedua je :p
sape suka amik gambar jugak?? cepat bagi tau.


yang ni paling best zira dapat no.3 dalam acara solek muka sendiri atau pun boleh di katakan conteng muka sendiri yang tak brape jadi ni, hehe 
no 1 dengan no 2 doktor  

pengalaman dan kenangan tak boleh di ulang balik tapi bole cari pengalaman untuk dijadikan sesuatu yang berharga dan manfaat. jadi kalau ada peluang kita kena la rebut peluang tu untuk + ilmu.  


terima kasih sudi baca :)

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.