Header Ads

bangga dengan diri sendiri

Nuffnang Adsrenung-renungkan dan selamat beramal

Jangan kecewa kalau diri kita hodoh, tapi harus bangga dengan diri sendiri sebab hodoh, bila kita ada perubahan dalam diri, kita akan jadi perhatian jangan jadikan ciptaan tuhan itu satu benda yang dibenci kerana ada hikmah disebalik ciptaan tuhan dan ia juga dapat jauhkan diri kita dari maksiat.

Jangan kecewa kalau diri kita gemuk, tapi harus bangga kita gemuk sebab bila kita kurus, kita bole kongsi pengalaman cara untuk kurus badan dari situ kita bole cari income. Produck apa yang kita guna? caranya macam mana? nak tunggu perubahan bape lama?
kan best kongsi pengalaman :D

Jangan kecewa kalau kita sakit, tapi harus bangga yang kita sakit sebab bila kita sakit, kita akan sentiasa ingat Allah. kita akan usaha yang terbaik untuk diri kita apabila sudah pulih kita bole bagi semangat kepada orang lain, mereka ada peluang untuk sembuh.

Jangan kecewa kalau kita kurus, tapi harus bangga yang kita ni kurus sebab kalau kurus tak susah nak bergerak, bila badan kita ada perubahan kita boleh share dengan kawan-kawan yang kita bole berubah tak ada la nanti orang kata dekat kita tulang bergerak lagi.

Jangan kecewa kalau kita miskin, tapi harus bangga yang kita miskin sebab setiap kejadian ada kebaikannya, cuba fikir kalau orang lain kata orang tu kaya tapi sombong hakikatnya kita sebenarnya tak sombong pasti kita akan rasa sedih, kalau sebaliknya Allah jadikan kita miskin dan kita kaya dengan usaha kita mesti orang lain nak jadikan kita contoh macam mana kita boleh berjaya.

Jangan kecewa kalau kita kaya, tapi harus bangga yang kita kaya sebab orang kaya anggap kekayaan tak beri kebahagiaan walaupun banyak duit karana ada orang kaya yang tak bahagia, dan tak ada masa bersama keluarga itu yang menyebabkan mereka kecewa.
Mereka harus pandai bahagikan masa, mereka juga boleh menolong orang yang susah dari segi kewangan mahupun pakaian ini akan  meringankan beban kepada orang yang kurang mampu serta memberi kegembiraan kepada mereka. 


Diri kita ada Sengat cuba cari kelebihan diri sendiri sebab diri kita mempunyai pengaruh, apa yang diri kita mampu buat untuk jadi lebih baik serta menolong orang lain. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan, perubahan kita boleh memberi semangat kepada orang lain.

terima kasih sudi membaca :) 





No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.